the new beginning of my life

babies

Thursday, February 16, 2006

Banyak perkara menarik berlaku sebenarnya...


hello everyone..berjumpa balik ....rasanya lama dah tak update blog nie...last menulis rasanya sblm kahwin arie tu..isk2 kira2 dah dekat 10 bulan...huiyoo lama tu. Bukannya apa...mcm takde idea lak nak nulis apa....tp bila arie tu one of my friend tanya..." anne tak nak tulis blog ke?? then bgtau dier..ada blog sendiri tp cam kemalasan lak nak nulis...tq to Mai sbb menaikan semangat utk menaip dlm blog nie...hihihi...Actually banyak benda yang nak diluahkan dlm blog nie...kita start satu persatu-satu laa....hihihi....

Kalau ikut pada title citer dlm post kali nie..."banyak perkara menarik berlaku"..Apa yek...meh anne nak citer....Kita start dr bulan 5 thn lepas laa ekk....

1. 15 Mei 2005: selamat diijabkabulkan dgn my lovely person, hasanul israf. Bermula satu kehidupan baru dlm hidup iaitu seorang yang bergelar isteri. Menarik dan mengerunkan ada.hihihi...

2. 30 June 2005: berpindah ke rumah sewa di Seri Kembangan. Actually rumah tu dulu bagok & Kak ila yang duk situ..Kira kitaorg nie menyambung sewa jek la..best jugak nie..menempuh kehidupan yang baru dan mencabar nie. Diri nie yang bertindak sebagai menteri kewangan kenalaa bijak mengagihkan duit kepada benda2 yang perlu. Emm satu pengalaman yang baru bg my hubby. Selama nie dier tak penah duduk menyewa so skrg nie dier kenalaa belajar idup berdikari dan kenalaa nolong2 aku buat keje2 rumah. Seronok tu nak buli dier.kihkih..

3. Julai 2005: berita mengatakan yang aku sah pregnant oleh doktor kat sebuah klinik kat area rumah kitaorg. My hubby laa paling happy sekali.Alhamdulillah rezeki Allah. Insyallah akan kujaga sebaik mungkin dan didik baby dlm perut nie. Bgtau semua org berita gembira nie..hihihi
Dan dlm bulan Julai jugak aku dpt tukar ke CBJ2. My hubby pun sama..tp dier lambat skit jek. Senang skit nak g keje...dekat.Alhamdulillah.

4. Ogos 2005: Start kuliah balik setelah satu sem aku tangguh. Kenalaa start balik enjin. Emm payah jugak...lama betul enjin nak panas. Tp alhamdulillah dpt result pun memuaskan hati dan syukur lulus semuanya.

5. Disember 2005: lepas habis exam, plan with my hubby nak g bercuti. Kitaorg plan nak cuti di Cameron. Ajak jugak member2 lain..akhirnya yang mengikut hanya Munirah& Sutan bersma dgn anak diaorg Sutan Iskandar. Its was fun dan lama tak cuti rasanya. Last cuti masa g honeymoon kat Pulau Redang. Dah penghujung thn 2005, berterima kasih pada Allah sbb telah diberikan rezeki, penghidupan yang semakin hari semakin baik, dikurniakan rezeki anak yang bakal kuar thn depan. Moga2 thn 2006 lebih diberkati dan dimurahkan rezeki.Insyallah.

6.Januari 2006: bermula laa thn baru. harap2 thn nie dpt la aku tunaikan azam baru dan semangat baru. Preparation utk baby di buat ala kadar jek. My sis ada laa beri baju-baju lama anak dier..mana yang masih elok boleh dipakai. Beli jugak baju baru utk sambut baby nanti. Insyallah kata doktor arie tu nampaknya cam baby girl. Tp my hubby tak kisah baby apa pun janji aku ngan baby selamat. Apa2 pun semoga Allah mudahkan aku ketika nak bersalin nanti. Doa nie aku tujukan juga pada kawan2 yang sama pregnant, Mai, Ila, Kak Ita, Yatie, wife Khairi. Moga korang tabah nanti masa nak bersalin..Amin...

7. Februari 2006: Skrg nie aku dah masuk 32 minggu. dah lapan bulan rupanya. rasanya baru jek dpt tahu aku pregnant. Nie nak bersalin dah. Terasa laa gerakan baby dlm perut nie.Lasak jugak. Entah2 mcm aku dulu masa kat dlm perut mak aku...Lasak tak ingat. Mcm nie rupanya rasa mengandung...kesian kat mak aku dulu. Insaf sejenak. Semua tu keindahan ciptaan Allah.

Emm bila tgk dah panjang rupanya aku menaip. Kata tadi takde idea, tp boleh tahan la...harap kawan-kwan tak jemu membaca blog aku nie. Akan cuba update bila ada idea dan masa. Hehehe. Kat atas tu gambar terbaru aku. Boleh jugak tgk my hubby nye fotopages kat: http://israf.fotopages.com.

O.klaa chow....

5 Comments:

  • At 5:14 PM, Blogger happy2gether said…

    wah, wah anne...panjang jugak entry kali ni, bakat tependam ni,kalo update blog ni bole la baca n tau keadaan anne kan? kengkadang sibuk x sempat nak betanya kabar, semoga kita 2 n babies selamat..amin..

     
  • At 5:19 PM, Blogger Hasanul Israf bin Mohamad Ibrahim said…

    finally..dah update pun..been waitin for quite some time..congrats wifey..skang nie tgh ketandusan idea..nnt biler dtg idea tue..akanku update 'gen2orange'ku

     
  • At 5:20 PM, Blogger Mama Aleeya said…

    heheh..tulaa tadi sebenarnya dah lama menaip tp ada problem ngan blog nye sistem..kena la menaip balik. Idea lebih kurang jek..cuma yang mula2 tadi jek rasa lagi best skit..rasanyalaa...betul tu kata mai...insyallah akn cuba utk update smlm bersalin.hihihi
    (masa bukak blog nie luper password...just try n error jek tadi)

     
  • At 10:05 AM, Blogger Miss Moon said…

    yeh ada lagi blog ...buleh baca story tiap 2 ari hik hik ..aku pun baru create satu tapi cam malu la tak tahu nak tulis apa. sebelum bukak cam banyak jer nak tulis...tapi bila bab nak naip tuh tak tahu plak ekekke

     
  • At 10:06 AM, Blogger Mama Aleeya said…

    hehehehe..sapa lak miss moon nie....

     

Post a Comment

<< Home