the new beginning of my life

babies

Thursday, March 08, 2007

Adriana Aleeya 11 bulan ...

Genap Aleeya 11 bulan. Begitu cepat masa berlalu. Masih teringat lg, 11 bulan yang lepas, selepas dpt mkn apam balik MILO Putra Heights, terasa sakit contraction semakin kerap. Jam 1230 pg, pegi ke spital PUTRAJAYA. Doktor check, laluan dah bukak dlm 2 cm. Anne decide nak stay di sana sbb tak tahu berapa lama lg akan masuk ke labour room. Mlm yang susah nak tido....tp kena tahan jek la. Tepat jam 10pg, turun ke labour. Kira berderau laa juga. Jam 130ptg dah boleh mula nak push. Saat yang paling mendebarkan. Pada ketika tu, terbayang muka mak aku, begini rupanya. Sakit yang dialami. Tepat jam 155ptg, kuarlah insan yang bernama Adriana Aleeya. Suara yang kuat memecah suasana senyap di labour room. Alhamdulillah aku selamat melahirkan seorang princess yang comei. Sungguh tak kusangka, sekrang sudah genap 11 bln anne dgn hasnul membesarkan anak kecik yang sorang nie. Byk pengalaman dan pengajaran yang dialami. Begitu lah rasanya masa mak dgn ayah aku membesarkan aku. Terima kasih Allah atas anugerah yang tidak ternilai ini. Anne bersyukur kerana Allah memberi kesabaran kepada kami berdua.

One more months to go, Aleeya masuk setahun. Hmm byk benda yang Aleeya dah bleh buat. Cuma jalan jek masih dlm proses.

1. Dah ada 3 btg gigi (2 dah kuar, 1 dlm proses).
2. Suka ikut apa yang org buat.
3. Tiru gaya papa pakai minyak rambut.
4. Suka mkn ubi keledek rebus.( Sejak mummy beri ubi keledek warna purple tu, dia suka sgt mkn)
5.suka tolong mama kemas rumah.
6. Kalau org g dapur, sure nak ikut juga, tolong masak. Bagus nie, tolong mama.
7.Boleh berdiri sendiri, tanpa pegang apa2, tp once in the blue moon laa.
8.Suka mkn biskut apollo.
9. Suka tegur org yang biasa jumpa dan ckp bahasa jerman dier.
10. Suka lembikkan badan, nak mintak bawak jalan.

Rasanya mcm byk, tapi yang nie aje yang terlintas kat dlm kepala. Mama&Papa doakan semoga Aleeya jadik anak yang solehah, sihat dan jadi budak pandai . Insyallah, semua nya utk mu Aleeya. Tq for giving both of us such a luckiest parents in your life. We Love u sooooo much.

Labels: ,

3 Comments:

  • At 11:12 PM, Blogger J.J. said…

    haa.. pas ni kalau jumpa aleeya buleh la kita speaking jerman sama2

     
  • At 11:46 PM, Blogger happy2gether said…

    Aleeya, Happy 11th Months Old...byk nyer perkembangan dia...lbh kurang cam syasya,bab lembikkan bdn tu bila ingatkan balik kelakar, syasya pun kalo nampak mama terus bengkokkan bdn mtk diambil...Aleeya terror speaking german ek? nanti sabtu ni auntie nak dengor, c u.

    Thanks Anne & Hasnul for the purple dress, how thoughtful...love it...

     
  • At 10:59 AM, Blogger Mama Aleeya said…

    jojet: bleh aaa...tp jnji kena bawak tompok sekali...wokeh...peace..

    Mai: itulaa rasa smlm jumpa syasya mcm tgk Aleeya. Mula2 tu sedih juga sbb dier tak mo dgn org kan. Lama2 ok...suka aa..dpt memain dgn dier. Sure lepas nie mai tak saba nak tunggu syasya 11 bln...sbb beza 2 minggu jek. welcome back mai...saje beli sbb suka tgk baju tu...

     

Post a Comment

<< Home