the new beginning of my life

babies

Tuesday, February 28, 2006

Berita Mengejut Yang Kami Terima...

26 Februari 2006

445pm: Selamat sampai rumah setelah pegi ke Mantin untuk jumpa dgn adik anne yang masih belajar lagi nie. Ingatkan lepas solat Asar nak kuar balik pegi makan satay kajang. Turn anne belanja Hasnul..hehehehe. Sementara nak tunggu badan sejuk untuk mandi, dpt call dr mak hasnul yang nenek kat Ampang pengsan. Mak wakilkan kami berdua untuk melawat nenek sbb mak berada di JB.Betul-betul lepas hasnul habis solat Asar, dpt call dr mak yang nenek dah meninggal. Anne masa tu baru jek nak solat Asar terdengar hasnul meraung sekuat-kuat hati. Rupanya dapat tahu yang nenek dah tinggalkan kami semua. Kena cool down kan hasnul. Anne pun tak tahan dan masih dlm keadaan terkejut...tak sangka begitu cepat berlaku. Patutlaa Hasnul nak cepat rupanya instinct dier mcm rasa sesuatu. Tp kalau cepat kitaorg pegi..blm tentu dpt jumpa dgn arwah. Semua kejadian tu berlaku dgn pantas. Setelah bersiap-siap, terus menuju ke Ampang sbb nenek kat rumah Kak Uchu.

700pm: Tepat jam 7 kami sampai kat rumah Kak Uchu. nasib baik jalan tak berapa jammed. Sampai jek terus jumpa dgn Uchu, sian tgk dier. Anne cuma boleh cool down kan dier supaya jgn nangis selalu sian tgk mayat. Sampai jek kami terus sedekahkan Yassin pada arwah nenek. Bila jumpa atuk, tgk dier rileks dan tabah menghadapi semuanya. Mahu tak terkejut, nenek tak sakit apa pun mati kira terkejut laa jugak. Pg2 siap nenek boleh gurau2, masakkan untuk cucu dan gelak2 dgn anak2 dan cucu dier tgk2 ptg tu nenek terus tinggalkan semuanya dgn pantas sekali. Patut la nenek duk tanya kitaorg lama tak jumpa. Last jumpa nenek masa raya arie tu. Kira nya thn lepas adalah raya terakhir kami semua beraya dgn arwah nenek. Sementara nak tunggu mak & ayah dr JB sampai,kami buat laa apa yang patut.

2200pm: Mak & Ayah hasnul baru tiba, mak jadi tak keruan sbb itulaa satu2nya kakak yang tinggal. Actually nenek tu kalau ikut pangkat sebenarnya makcik hasnul, tp memandangkan nenek nie kahwin dgn pakcik dier (merangkap sepupu nenek hasnul)tu yang terus melekat panggil dier nenek. Memula tu anne cam konfius nak panggil dier apa..bila tanya hasnul, panggil jek nenek...Tu yang aku panggil nenek. Kira aku beruntung dpt nenek & atuk yang begitu penyayang. Diaorg tak bezakan cucu sendiri dgn cucu sedara. Anne laa yang rasa happy sbb mana penah ada Atuk. Atuk dua2 belah anne dah meninggal sblm anne lahir lagi. Best juga rasa bila ada atuk.
Dekat kul 11 kami semua balik rumah. Esok nak bangun awal untuk mandikan mayat dan sewaktun dengannya.

27 Februari 2006

730am: Gerak ke Ampang. Sure jalan jammed nie. Jammed laa kat pandan indah mcm biasa MRR2.

900am: tiba di rumah Kak Uchu. Mayat dah dibawa ke masjid untuk dimandikan.Ingatkan mandi kat rumah. Kira selesaikan kat masjid laa kiranya. Anne tak pegi pun sbb org tua kata tak berapa elok sgt tgk org mati. Antara kuat dgn tak kuat jek semangat. Insyallah takde apa2. Sblm zuhur mayat dibawa ke kubur untuk disemadikan. Hasnul & cucu lain tolong untuk turunkan jenazah ke liang lahat. Kubur tu penuh air hujan sbb smlm ujan lebat.Org tukang gali tu tak sempat nak tutup. So keadaan kira bechak aa. Tapi Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar. Lepas nie balik rumah jap mandi2 dan siap utk tahlil mlm lak.

530pm: Gerak ke Ampang. Sampai sana dekat kul 7mlm. Terus ke masjid sbb tahlil di buat di masjid.Ingatkan buat kat rumah,memandangkan rumah kak uchu kecik tu yang wat kat masjid. Tapi kejap jek tahlil tu, kiranya diaorg buat serba ringkas punya tahlil. Dah settle semuanya, balik rumah kak uchu. Rileks2 dan borak-borak dgn semua sedara. Dekat kul 2230 balik rumah. Aku tgk atuk dier kurang nangis tp banyak termenung. Mahu nya dier tak terkejut, dah tua2 pun masih romantik, jalan masih pimpin tangan. Satu contoh yang boleh kita semua amalkan. Sian atuk. Kena selalu jenguk dier nie. Apa2 pun semoga atuk tabah hadapi kehidupan selepas ini.

28 Februari 2006

630am: Pg2 lagi aku tgk hasnul macam tak bermaya jek. Tp sebagai isteri aku kena sentiasa berada dgn dier untuk tidak dier mengenangkan semua kisah dan kenangan arwah nenek. Cuma nak ingatkan dier supaya kalau teringat sedekahkan laa AL-fatihah pada arwah nenek semoga arwah dicucuri rahmat. Kita yang masih hidup ni, kena teruskan kehidupan seperti biasa.

SEMOGA ROH NENEK DICUCURI RAHMAT.(AL-FATIHAH)
SEMOGA MY HUBBY TABAH DAN KUAT UNTUK MENEMPUH SEGALANYA.
SEMOGA MAK TABAH DAN KUAT UNTUK MENERIMA BERITA KEMATIAN KAKAK MAK.
SEMOGA SEMUANYA SELAMAT...

5 Comments:

  • At 10:12 AM, Blogger Miss Moon said…

    Takziah dari kita org buat Anne n Senul dan family.

    Senul jgn sedey 2 yer ..

    Moon tak leh tulis banyak 2 nanti Moon yg hujan plaks

     
  • At 2:57 PM, Blogger happy2gether said…

    Betul tu hasnol, setiap yg hidup pasti akan pergi jua....'sedekahkan al-fatihah dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org beriman'...nasib anne ada comfortkan hasnol...takziah kami ucapkan...

     
  • At 3:51 PM, Blogger Mama Aleeya said…

    tq to all...moga2 semuanya ok..insyallah

     
  • At 6:16 PM, Blogger Hasanul Israf bin Mohamad Ibrahim said…

    tq semua...thanx for the support...

     
  • At 9:07 AM, Blogger ila de cute said…

    Innalillah... Takziah untuk Hasnol and Anne, banyak banyak kanlah sedekah al fatihah untuk dia, semoga arwah di tempat kan di kalangan org yang beriman... Amin...

     

Post a Comment

<< Home