the new beginning of my life

babies

Tuesday, May 09, 2006

Cerita Pasal Aleeya

Hai all,

Hari nie anne nak cerita pasal aleeya. Dari saat dier dilahirkan sampai laa cukup sebulan + 1 hari.

Umur Aleeya satu hari pada 8 April 2006. Dier nak lahir jugak sama bulan dgn papa dier. Takpelaa mama laa yang untung sbb boleh beli kek birthday sekali jek.hihihi. Tapi lepas nie takde laa surprise party mcm yang mama plan utk papa dier last month dulu. Kali nie nak sambut besday Aleeya pulak laa.Betul tak papa!! Ok berbalik pada citer My Aleeya. Masa lahir nie, berat Aleeya 3.05kg kurang 0.5kg dari berat syasya arina...panjang dier 49cm.Munirah kata kalau baby panjang lebih 40cm dah kira tinggi aa baby tu. Itu kena tanya Munirah untuk confirmkannya.Hehehe. Perasaan penat semasa push ilang bila tgk dan dengar anak kita. Bayangkan budak kecik yang duduk dlm perut kita tetiba kuar..hah kau..baru puas hati.Alhamdulillah anne bersalin normal dan Hasanul mula2 takut juga nak tgk sbb dier dah bau darah tapi at last dier dpt tgk juga saat Aleeya lahir ke dunia. Welcome My Little Princess Adriana Aleeya Hasanul Israf di Hospital Putrajaya. Aleeya nie masa dalam labour room menangis memang kuat tak ingat sampaikan nurse kat sana semua tahu Aleeya yang nangis. For the first time beri breastfeed pada my baby mula2 tu kekok + ngerun. Tapi nurse sana punya laa baik, siap ajarkan cara nak breastfeed paling senang iaitu sambil baring.Hehehe. Lepas dah settle semua di bawa balik ke bilik sendiri kat Wad 2A bilik 28. Then my family semua dtg. Mula2 sekali yang anne nak jumpa masa tu ialah my mum nak say tq sbb jaga anne selama nie dgn baik sekali. Terasa Insaf bila dah jadi Ibu.

Masa tu ramai geng2 semua dtg..Zaimi&Mai, Munirah&Sutan&Isk, Rizal&Ija&Mia, Kak Izlin and Family, Liza dgn adik iparnya and Mariza&Faisal. Tq pada you all sbb dtg lawat anne dan sori sbb tak dpt nak layan korang sgt sbb keletihan. Malam tu stay kat spital with my hubby. Aleeya dpt tido sekejap jek then dier kelaparan nak susu. Mama dier tak tido2 lagi dr pg until laa malam. Sampaikan Aleeya terpaksa di bawa ke nurseri sbb dier tak cukup2 menyusu. Baru laa mama boleh tido.

Esoknya lepas aleeya mandi dan mama pun mandi..datanglaa satu doktor dgn StaffNurse mengecheck my condition dgn baby. Dier kata kalau takde apa2, by tengahri bleh balik. Then dpt news yang bleh kuar dr spital Bestnya...maka bermulalah cuti anne selama 2 bulan. Lepas dr hospital terus balik rumah. Kemas semua barang yang nak di bawa then terus balik muar dgn my parents.

Esoknya dah kena pegi berurut selama 3 hari.Habis badan mama kena toyoh dgn mak bidan. Setelah selesai semua urusan berurut, its time kena jaga aleeya sepenuhnya. Aleeya pada awalnya tak byk ragam sgt, cukup time dier nak susu dier bangun. Bila Aleeya tido mama pun kena tido juga. Then mama nie ada masalah nak buang air besar.So mama ambik laa ubat lawas buang air. Tak teringat pulak boleh effect pada baby kalau ambik ubat lawas yang cecair. Dah Aleeya kena buang2 air. Sian aleeya. Sampaikan bawak dier g klinik sbb tak sanggup tgk dier buang2 air yang melampau sgt. Mama terpaksa stop mkn semua ubat.Nasib baik jamu blm mkn lagi. Dekat seminggu jugak laa Aleeya baru nak baik. Sori Aleeya..mama tak teringat lansung. Selama seminggu Aleeya lahir, alhamdulillah Aleeya tak kena joundis.Semua nya dlm keadaan baik. Cukup 10 hari Aleeya lahir, berat aleeya dah naik 3.2kg Emm membesar bagai johan nampaknya anak mama. Then after 20 hari berat Aleeya dah naik 3.5kg. Apa taknya budak kecik mata besar yang kuat menyusu.Everyday muka Aleeya dah lain. Kejap muka my younger brother, kejap muka adik israf yang last tu, kejap muka nenek Muar dier, kejap muka Israf. Tapi tak de pulak muka mama dier. Takpelaa janji anak mama sihat.

Tanggal 8.5.2006, Aleeya dah cukup sebulan. Dan selama nak sampai sebulan tu, dier meragam sampai tak tido. Tak tahu laa kenapa. Orang kata nak beralih bulan. Tapi skrg nie alhamdulillah ok dah.Aleeya juga dah boleh menyampuk2 cakap org bila kita ckp dgn dier. Seronok sgt bila tgk perkembangan anak membesar depan mata kita.Itu laa org kata seronok ada anak sendiri.
Hari nie Aleeya pegi cucuk utk sebulan.Sian dier nangis sekejap..then lepas tu tido. Hari nie timbang dan ukur panjang dier. Cukup sebulan berat Aleeya dah cecah 3.8kg dan panjang 59cm. Alhamdulillah Aleeya takde apa2. Semuanya ok. Balik dr klinik, Aleeya terus tido mcm biasa dan bila cukup time jek dier bangun nak susu dan hari nie juga dah kena ajar Aleeya minum susu formula kalau tak susah mama nak g keje nanti. Harap2 Aleeya minum susu yang papa Aleeya belikan tu dan tak meragam sgt. So setakat ini sahaja citer Aleeya selama sebulan + 1 hari. Hujung minggu nie, ada buat kenduri kesyukuran kat my home di Muar.Kenduri sempena macam2 agenda yang berlaku sepnjang tahun nie. Moga2 Aleeya cepat membesar dan sihat seperti kanak2 lain. Aleeya cepat ler besar papa awak tu tak sabar nak main dgn Aleeya.

Sayang Aleeya sgt2.....To Mummy Isk..tunggu Aleeya balik, to mama Syasya and to mama syahmi...jumpa nanti.Bye.

3 Comments:

  • At 3:24 PM, Blogger Miss Moon said…

    Ha Anne mamang aku duk tunggu Aleeya balik . Nih dia dah masuk sebulan thats mean nko dah 30 hari pantang another few days to go ..

     
  • At 9:28 PM, Blogger happy2gether said…

    waa, cepatnyer masa berlalu anne dah nak abih pantang....mai blom lagik..tapi syok gak cuti kan? cuma mai masih blur nak antar baby kat ne, emm kecian syasya sbb papa n mama dia sekolah lagik..

     
  • At 9:47 AM, Blogger ila de cute said…

    anne, cepat balik sini...udah udah le tu cuti...meh dtg kerja...tm net memerlukan mu...

    aleeya, cepatlah balik sini, syahmi nak gi visit ni... syahmi kiss kiss aleeya...muahssssss

     

Post a Comment

<< Home