the new beginning of my life

babies

Wednesday, June 14, 2006

Sudah kembali...

Setelah 2 bulan berehat kat rumah, maka bermula semula kehidupan untuk kembali bekerja. Rasa seronok pulak duduk kat rumah. Satu anugerah dr setiap syarikat memberikan cuti selama 60 hari kepada wanita yang bersalin. Alhamdulillah selama 2 bulan berada di rumah, anne cuba menimba ilmu untuk menjaga Aleeya dr mak anne dan juga my sister. Mula-mula balik ke rumah sendiri rasa kelam-kabut dan kepala serabut dgn keadaan rumah yang macam kapal karam. Masa tu mula teringat mak ckp, bila Aleeya tido kena buat keje cepat2. Memang betul apa kata mak. Semua benda kena buat sendiri. Mandikan aleeya, beri aleeya susu, sakit pening dier (emm..dier ada pening ke)..semua kena buat sendiri. Of course laa Hasanul ada tolong, dier tolong menguruskan rumah bila anne sibuk melayan bila Aleeya meragam. Alhamdulillah berkat kesabaran kami berdua, semua tu dpt dilakukan dgn baik dan terlaksana dgn jayanya. Memang betul org kata, buat anak senang tp nak jaga tu bukannya senang. Bila dah lalui baru tahu mcm mana susahnya parents kita dulu nak besarkan kita. Semua pengalaman baru dilalui dgn perasaan yang penuh kesabaran.Alamatnya bil telefon bulan nie naik balik laa sbb bila tak tahu pie call mak, kakak, abg or munirah. Menimba pengalaman yang diaorg alami.

My mum ckp, jaga Aleeya nie takde laa masalah sgt cuma kalau dier kembung jek...memang susah skit nak tido. Skrg nie Aleeya ada masalah nak berak mcm sembelit skit, puas tukar susu, sama juga. Lastly my sis cadangkan pegi satu klinik kanak-kanak kat Bukit Raja sana. Jauh tu tp bila memikirkan pasal anak...pegi jek la. Nasib baik Klinik Tan tu panel TM Net, kalau tak sakit juga nak membayar. Skrg nie alhamdulillah My Aleeya dah ok. Lega rasanya. For ur information, all my niece ada masalah nak buang air besar, so agaknya benda nie menurun kot.

Last week, anne dah start masuk keje tp mood keje tu takde lg, so anne decided utk sambung lagi cuti until end of week. So ada masa lagi utk bersama-sama dgn Aleeya. Walaupun still cuti, Aleeya anne dah start rehearsal hantar Aleeya rumah makcik kat Putrajaya. Dalam hati ok ke Aleeya nie kat sana. By noon anne tried call, makcik kata yang Aleeya ok. Baru lega hati bila mendengar makcik ckp mcm tu.

Isnin smlm2 dah mula hntar balik Aleeya ke rumah makcik, hai rindu laa mama kat Aleeya. Isnin takde sgt keje just membuat housekeeping kat meja dan pc. Itu jek laa keje smlm. Tepat kul 530 terus cabut balik ambik Aleeya dah tak sabo nak peluk cium dier. Rindu amat. Baru laa tahu kenapa masa Munirah mula-mula masuk keje excited nak balik awal, rupanya nak ambik anak. Begitu laa rasanya bila terpisah dgn anak. Mula-mula mcm kelam kabut skit laa sbb hasnul keje shift so dier terpaksa mengexcusekan diri dr boss every morning dan evening untuk keluar ambik Aleeya. Aleeya anne tak berani nak dudukkan pada seat dier even carseat dier memang untuk infant, pinggang dier blm berapa kuat. Tunggu laa lagi 3-4 bulan. Masa tu mama akan ambik sendiri Aleeya.Sian papa. Sori papa tersusahkan papa. :)-

Selasa smlm dpt sms dr Mai yang dia dah balik KL.Wah dah tak sabar nak jumpa dgn Mai dgn Syasya. Camner laa syasya skrg.Sure bertambah2 comel.Syasya tunggu Aunty dtg tau dgn Aleeya sekali. Bleh berborak2 dgn syasya. Sambil-sambil tu nak jumpa Mai sekali. Rasa rindu lak..hehehehe...


Rasanya stop sini dulu. Nanti citer lain lak.

3 Comments:

  • At 2:13 PM, Blogger Miss Moon said…

    hurray akhirnya Anne update juger blog nih muahahahahhah . lepas nih penuh ngan citer Aleeya la blog nih ...yer la kalau tak citer pasal anak sendiri nak citer pasal siapa pulakkan ..

    welkom back Anne setelah lama nko bertapa kat umah . Mesti dah banyak ilmu nih hu hu . Sekarang dah jadi parents semer priority ke anak dulu ...apa apa hal anak jadi 1st . Kadang terlupa diri sendiri . Tapi jadi ibu nih best . Penat kemudian kira ar .

    Lepas nih leh buat persatuan ibu-ibu hahhaha . Nanti kiter pegi serang umah Mai plak .

     
  • At 4:25 PM, Blogger Mama Aleeya said…

    boleh laa skit miera...kalau tak lalui pengalaman tu semua..sure kita tak tahu. Memang pun..nak buat apa pun pk pasal anak dulu. Kesimpulannya seronok ada anak..

     
  • At 5:11 PM, Anonymous Anonymous said…

    Very nice site! » »

     

Post a Comment

<< Home