the new beginning of my life

babies

Tuesday, June 12, 2007

Sungguh Terasa Kehilangannya.

Pedih hati nak cerita, tp itulah hakikatnya yang perlu kami terima dgn hati yang redha. Pemergian arwah ayah sungguh mengejutkan kami sekeluarga. Ya allah adakah ini di nama kan dugaan dan ujian dr mu. Aku redha dgn apa yang berlaku. Ayah ku merupakan ayah yang paling terbaik aku ada...paling penyayang, paling periang, paling penyabar dan yang paling aku tak leh luper..semua ajaran dan ilmu yang diberikan kepada kami adik beradik amat berguna dan akan diingati sampai bila2. Pemergiannya amat terasa sgt kehilangannya. Paling terasa kehilangannya ialah mak aku, di kala idup bersama 38 thn, bukan satu masa yang singkat, sudah pasti mak aku lg terkejut dan masih blm boleh melepaskannya. Aku tak leh nangis depan mak, aku perlu kuat utk menjadi tulang belakangnya skrg. Kami adik beradik merupakan tulang belakang mak skrg. Paling berat nak pikul ialah abg aku yang sulong...kena make sure semua adik2 nya tabah menghadapinya. Aku sungguh bertuah dpt kak long yang amat memahami situasi kami adik-beradik. Begitu juga kakak ipar dan abg ipar aku yang lain.

Sungguh berat utk anne mengingat semua segala keperitan dan kesakitan yang arwah ayah tanggung. Kalau bleh biar lah ia terus tersimpan dihati kami sekeluarga. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi ayah dan kami terpaksa redha dengan pemergiannya. Patut lah anne rasa semacam semakin jauh dgn ayah, rupanya ini yang akan berlaku.

Ya Allah, kau maha pengasih dan maha penyayang, kau ampunkan lah dosa ayah aku, semoga rohnya berada di sisi org2 beriman...Aminnnn...

Sesungguhnya aku rindu akan arwah ayah, rindu yang amat sangat. Semoga aku tabah menghadapinya. Al-fatihah.

Buat bonda tercinta, mak jgn pk dan susah hati sgt, arwah ayah tahu mak berjaya mendidik kami lima beradik dgn jayanya. Alhamdulillah kami semua sudah tamat pelajaran. Ada yang sudah berkerjaya, sudah berumah tangga. Mak jgn sedih sgt, peninggalan arwah ayah mungkin ada hikmah di sebaliknya. Kita terimanya dgn redha yek mak... anak2 mak sentiasa berada di sisi dan belakang mak.


Terima kasih atas ucapan takziah kepada keluarga kami. Tidak lupa juga yang call personally, yang dtg menziarah( tq mai&zaimi), yang sms. Terima kasih byk2...


Gambo nie kenangan raya tahun 2005, First time aku beraya sebagai isteri org. Dan tahun lepas merupakan tahun terakhir aku beraya dgn ayah.

Tak lama lagi nak sambut father's day..sungguh aku tak sanggup nak sambutnya utk tahun nie. Tentu akan ingatkan aku dgn arwah ayah. Ayah...akak merindui ayah....Al-Fatihah..

Labels:

6 Comments:

  • At 11:07 AM, Blogger happy2gether said…

    Anne, tabahkan hati...setiap yang hidup pasti akan pergi...cuma detik dan masa yg berbeza...mesti perit hati Anne menerima semua ini sbb ia berlaku sekelip mata...pasti ada hikmahnya diatas apa yg berlaku.

    Betul ckp Anne, tabahkan hati dpn mak Anne, sbb dia lagi sedih. Skrg ni kita tumpukan pd org tersayang yg masih ada bersama kita dan sedekahkan doa sentiasa buat Arwah.Kuatkan semangat ek Anne.

    "Grief never ends, But it changes. It’s a passage, Not a place to stay.

    The sense of loss Must give way, If we’re to value The life that was lived.

    Grief is not a sign of weakness, Nor a lack of faith, It is the price of love."

    Quoted frm Poem-and-Poems.comTM

     
  • At 4:35 PM, Blogger Mama Aleeya said…

    Mai: Insyallah Mai..i hope that i will recover soon...as soon as possible...need to concentrate kat study, my family and my work. Betul kata mai...setiap yang idup pasti akan pergi...kehidupan mesti diteruskan walaupun perit..Insyallah...tq very much mai..Mai byk beri sokongan pada Anne. I glad to have friend like u..anne anggap mai dah mcm sedara sendiri...tqvm...

     
  • At 11:12 PM, Blogger ...$weE+ 666... said…

    BLESSED are those who mourn, for they shall be comforted.

    al-fatihah utk arwah ayah anne & arwah ayah kak zie sempena hari bapa ni. redha la sayang... sepertimana kak zie redha tidak sempat langsung mengenali arwah ayah. last word anne tu sedih sgt... sama mcm apa kak zie rasa "ayah... akak merindui ayah..." faham sgt... tapi Allah lebih menyayangi...

    be strong sayang... there's a loving Allah watching over u, and thru-out this time of need, He'll stay close by ur side... *hugs*

     
  • At 1:05 PM, Blogger Mama Aleeya said…

    kak z, terima kasih byk2 atas kata-kata semangat akak tu...sori juga sbb akak tak dpt jumpa dgn arwah ayah akak....semoga kita semua tabah dan redha dgn ketentuan Allah. Smlm pegi Jusco, ternampak seorang anak membeli baju bersama ayah dia...sedihnya tgk...terus teringat pada arwah...Al-fatihah... Insyallah anne akan strong utk siri sendiri, aleeya , hasnul dgn family anne...tq kak

     
  • At 1:06 PM, Blogger Azie Rad said…

    anne & israf...harap nko dpt bersabar. Respek ngan nko..kuat semangat. Semoga roh di cucuri rahmat...Amin

     
  • At 5:26 PM, Blogger Lenny said…

    anne,

    sorry lenny lama tak jenguk blog.. been bz.. sorry sangat i didn't know abt your lost..

    bila baca nieh... air mata tak tahan nak turun.. lenny tahankan jugak sbb kat opis nieh.. sampai sakit2 kat tekak sbb tahan..

    tapi.. tewas juga... titik demi titik air mata nieh jatuh..

    anne,
    tiada harta yg lebih bernilai buat arwah selain peninggalan anak yg soleh/solehah..

    banyakkan bersedekah utk arwah.. semoga arwah tenang di sana..

    Al-fatihah...

     

Post a Comment

<< Home