the new beginning of my life

babies

Thursday, June 15, 2006

Peristiwa yang berlaku dlam masa 2 bulan


Berjumpa kembali dlm post yang baru. Banyak cerita nak diceritakan dlm blog nie, tapi tak tahu mcm mana nak mula. Karangan ayat bukannya bagus sgt mcm org lain. Nampak sgtlah bukan seorang penulis cerita yang baik.Hehehehe.So main cerita jek la.

8 April 2006: Aleeya selamat dilahirkan. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar dan aleeya pun takde problem sgt. Esoknya dah boleh kuar. Kuar terus balik rumah then terus balik Muar. Selamat tinggal KL.






Sepanjang berada di Muar, aleeya takde problem sgt. Yang problem cuma mama dier jek. Tak leh buang air besar sampai 2-3 hari. Doktor ada beri ubat, tp ubat cecair. Sebenarnya bila mkn ubat tu ada effect pada baby rupanya. My Aleeya buang air besar sampai 4-5 kali satu hari.Sian dier. Baru tahu bila pegi jumpa doktor lain. Dekat 3-4 hari baru Aleeya kembali normal buang air. Sori Aleeya, rasa bersalah pulak. Selepas perkara tu, terus beringat sampai bila-bila.
2 minggu sekali papa Aleeya sure balik. Nak tgk anak dier, tgk mama Aleeya sekali. Terkejut juga hasnul tgk Aleeya dah semakin tembam. Anak papa nie nak cepat besar lah. Bila tgk Aleeya membesar depan mata, rasa best sgt.Moga2 aleeya sihat dan membesar bagai johan...

8.5.2006: My Aleeya dah genap sebulan. Rasa sekejap jek. Esoknya Aleeya kena cucuk utk sebulan. Tapi Aleeya good gil, nangis sekejap jek. Masa nie berat Aleeya dah 3.8kg dan panjang 59cm. Uik nampak laa anak mama dah besar. 13.5.2006 ada kenduri kesyukuran kat Muar. Kitaorg memang tak buat acara cukur jambul. Cuma buat aqiqah Aleeya saja.

15.5.2006: tarikh nie tarikh keramat utk kami berdua. Diam tak diam genap setahun kami melayari bahtera sebagai suami isteri. Skrg dah bertiga. Aleeya ada hadiah dan anugerah yang tidak terhingga utk my beloved hubby. Tq B sbb sudi melayan kerenah isterimu ini. Moga2 kehidupan kita bertambah baik dan sempurna. Moga kita sama-sama dpt menjaga dan mendidik Aleeya dgn baik.Insyallah.

24.5.2006: Mama dan Aleeya balik semula ke KL. Good bye to nenek dgn atuk kat Muar. Sedihnya nak tinggalkan mak ngan ayah kat kpg. Dekat 2 bulan duduk Muar, rasa sedih pulak nak tinggalkan mak&ayah. Huwaaaa....rindunya kat mak. Balik terus ke Salak Tinggi. Duduk sampai ujung minggu jek. Kat sana atuk&wan salak sediakan persiapan yang grand untuk sambut cucu sulung dier nie. Best a Aleeya mcm2 dpt dr atuk&wan dier nie. Belikan baby-cot yang di hias mcm nak smabut tuan puteri. Sepanjang duduk sana, aleeya tak byk ragam cuma masa mula2 sampai dier susah skit nak tido, mayb penat. Takpe Aleeya, mama urutkan badan2 Aleeya. Hari Ahad tu, kami terus balik ke Seri kembangan. Yeyeye balik rumah, rindu nya kat rumah. Balik serabut dgn brg2 dr kampung.Pergh camner nak kemas nie...mana nak mula. Slow2 kayuh org kata.

8.6.2006: Masa nie Aleeya genap 2 bulan.Kejap nye. Esoknya Aleeya g cucuk lagi. kali nie Aleeya demam sekejap. Alhamdulillah Aleeya tak nangis lansung masa kena cucuk. Balik mama tuam kat punggung dier takut lebam. Good girl Aleeya. Hari nie jugak mama sepatutnya cuti, tp mama sambung cuti memandangkan mood keje blm dtg lagi tambahan pulak Mummy Isk training. Kiranya minggu depan laa masuk keje. Aleeya anne hntar ke rumah makcik hasnul yang di Putrajaya. Risau jugak kot aleeya tak mo, tp nampaknya semuanya ok. Alhamdulillah. Mayb hantar ke sana sekejap jek kot. Bila Aleeya dah besar hntr ke tmpt lain laa pulak.

10 June 2006: Hari tu ada buat tahlil kesyukuran kat rumah seri kembangan.Terima kasih pada mak&ayah, adik beradik, sedara-mara dan kawan2 yang hadir masa tu. Pada yang terlupa nak dijemput tu, mintak maaf byk2. Lain kali anne buat jamuan mkn2 pulak.

12 June 2006: Mama dah mula masuk keje...huwaaaa..bercintanya nak keje.Tgk Aleeya depan mata lagi best. Tp bila kat tmpt keje tension2, bila tgk anak..terus ilang. Betul kata Miera.
Skrg nie Aleeya suka berborak2 dgn org. Tak kira sapa2 la.Dgn Mummy Isk pun dier suka berborak. Tak tahu laa cerita apa.Hanya Isk dan Aleeya jek yang faham. Haiyaa...banyak lindu laa sama Aleeya. Skrg nie apa2 mesti pk anak. Takde pk lain. Anak...anak..anak....Para bapa jgn ambik hati lak. Ibu2 semua masih mengingatimu sampai bila2. Hehehehe.
Sunggu cepat masa berlalu. Kejap jek nanti Aleeya dah 3 bulan, kejap lagi 4 bulan dan seterusnya. Bila tgk Iskandar dan Mia dah besar, rasa seronok jek. Tp tadi Ija ckp, bila dah besar nanti kita rasa kenapa cepat sgt besar. Itula kehidupan.

Mak aiii tak sedar dah panjang berjela bercerita. Sayangnya blogger nie ada problem. Byk lagi nak letak gambar Aleeya tp dpt upload skit jek. Takpe nanti dah ok Anne akan upload lagi. Sampai sini dulu. Esok citer lain.

5 Comments:

  • At 1:38 PM, Anonymous Anonymous said…

    Aduiii...tersentuh dgr citer anne. Buat azie nk nangis plak...Kasih sayang seorang mak pd anaknyer. Memang btul kata anne, skang anak jd prirority...kalo keja tuh...rasa nak bwk anak skali....tp apakan daya company ni bukan bapak kita punyer...hehehhee. Kadang kadang terdengar suara anak kita nangis....pas tu mula lah breast kita membengkak. Sbb kerap dok teringat je kat anak...dah basah baju. Mcm azie awal awal dulu siap nangis nangis bile citer pasal anak kat kengkwn. Buat malu je...gelak dek org. Hari hari dok ckp kat hubby nk berhenti keja jaga anak. hubby plak tak kasik sbb nak byk utang keliling pinggang. So pk balik life must go on. Kalo anne ada prob jangan segan silu menanya pd kitaorg. Mungkin kita bleh kongsi pengalaman sama sama.

     
  • At 3:21 PM, Blogger Mama Aleeya said…

    betul laa azie...dulu miera duk masuk bilik sembahyang tu utk proses memerah..skrg nie anne pulak mengkonker bilik tu. Haah nak berhenti utang keliling pinggang..takpelaa sabo jek la. Kita kena percaya dan tawakal pada org yang jaga anak kita tu. Moga2 semuanya ok. Memang tak segan silu.Byk tanya...utk pengetahuan dan pengalaman. Seronok kan azie bila anak membesar depan mata.

     
  • At 9:42 AM, Blogger Miss Moon said…

    Kadang anak tuh cam cepat sangat membesar ...rasa ari tuh cam kecik lagi ...pastuh 4 bln meniarap ...duk sonok tgk dia pandai meniarap dah masuk 5 bulan . 5 bulan kiter excited tengok dia baru belajar nak merangkak ..dah masuk 6 bulan . 6 bulan dia belajar plak benda baru ..dah pandai merangkak laju ..lagi kiter seronok ..tup tup dah masuk 7 bulan . Baby dah pandai duduk ..tiber dah nak berdiri dah ..masuk pulak 8 bulan ...seronok main2 peek a boo,tepuk amai amai ..baby dah masuk 9 bulan ...habih duk bergantung kat perabot nak jalan ..next week dah nak masuk 10 bulan . Lagi 2 bulan ntah2 dah buleh jalan ..maka jadik la 1 tahun ..ermm kejap nyer

    time fly when ur havin fun kan ..sampai tak sedar ..tapi im so glad that always there with him ..to watch him grow.

     
  • At 10:34 AM, Blogger Mama Aleeya said…

    memang betul kata miera...best sesgt tgk dier membesar depan mata. Rasa nak pisah sekejap pun hati tak senang...tapi kena bertahan. Mana ada mak tak sayang anak...betul tak?

     
  • At 1:49 AM, Blogger Hasanul Israf bin Mohamad Ibrahim said…

    cepatlah besar aleeya...papa tak sabar nak pakaikan aleeya seluar jeans guess yg ader bunga2 tue...baju tshirt...sweater adidas kat al-ikhsan smalam..ngan kasut nike..ahahahahah...bestnyaaaa...

    p.s. papa nie dah obsessed sgt2 kat al-ihksan..duduk kat sana satu hari pun bleh...

     

Post a Comment

<< Home