the new beginning of my life

babies

Thursday, June 14, 2007

Dugaan Demi Dugaan..

Selepas sehari arwah ayah meninggal dunia, bapak mertua aku dgn adik ipar aku pulak admitted kat hospital. Very high fever..Ya Allah rasa mcm nak meletup aku rasa. Lepas satu-satu dugaan dtg, aku pasrah dan redha dengan ujian Allah. Sesungguhnya aku rasa bersyukur dan berterima kasih kerana Allah menguji aku dgn pelbagai ujian. Semoga aku dgn hubby tabah menghadapi ujian dan dugaan ini. Lepas 2 hari dah masuk spital, doktor sahkan adik ipar aku kena demam denggi, platlet dia rendah sgt. Just like my sis-in-law said, jangan sampai platlet dia rendah sgt, jgn bawah 7. kalau bawah 7, confirm denggi berdarah. Sian MIL aku, terpaksa habiskan cuti sekolah nya menjaga org sakit. Aku dgn hubby dpt lah lari sekejap utk menjenguk semuanya. Selepas hari kedua kenduri arwah ayah. Nampaknya my FIL tak pulak kena denggi, just viral fever sahaja. Macam-macam pulak penyakit yang timbul lately nie. Selepas balik dr spital, aku pulak kena demam, hmm sabarkan aje laa...SEmua tu sudah ditentukan Allah. Semoga my hubby kuat dan sihat. Mayb aku nie kena demam terperanjat kot. Tp skrg alhamdulillah sudah baik dr demam, cuma tinggal batuk dan selsema saje. Hubby lak mcm dah ada tanda2 nak batuk, just bgtau dia utk elakkan minum ais dgn air bergas. Lebihkan minum air kosong. My princess lak, baru2 nie ada laa terkena demam, tp skrg nie alhamdulillah dah sihat. Lega rasanya dgr. Semoga semua yang sakit nie cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa. My FIL pun nampaknya dah mula sihat dan nak mula keje ujung minggu nie. My Bro-in law pun dah nampak sihat dan dah takde suspek paru-paru berair lg. Alhamdulillah. Cuma skrg nie, bila bukak sekolah, my little-bro-in-law pulak yang admitted spital, kena demam juga, temp dia 40 darjah celsius, memang tinggi sampai mengigil badan dia. Demam dia kejap ok kejap tak ok..

Ya allah kau tabahkan hati kami, jika kami ada lakukan kesilapan, kau maafkan lah segala dosa kami dan jgn lah kamu membebankan ia kepada kami seperti kau membebankannya pada org lain, semoga kau ampunkan dosa-dosa kami agar kami sedar akan kebesaranmu ya Allah. Sesungguh nya kami bersyukur kerana kau menguji kami dengan pelbagai ujian, kami pasrah dan redha menerima ujina mu dgn hati yang terbuka. Semoga kami dapat jalani kehidupan kami dgn lebih baik dan bertambah baik. Sesungguhnya hanya mu ya Allah yang lebih mengetahui akan segalanya. Terima kasih byk2 Allah kerana menyedarkan dr kami terus leka dibuai dgn keseronokkan dunia ini yang hanya sementara ini. Semoga kami semua cepat sembuh dan dpt jalani kehidupan seperti biasa. Aminnnn....

Dugaan ku ini telah kau balas dengan keputusan peperiksaan ku pada semesti lepas dgn keputusan yang di kira cemerlang, aku berjaya mengembalikan saat kecemerlangan ku dgn memperoleh pointer atas dr 3.00. Aku bersyukur sgt dan terima kasih dgn anugerah yang kau berikan.
Semua ini aku ingat hadiah utk arwah ayah atas semua doa2 dan kata-kata semangat yang tidak putus-putus diberikan kepada aku. Terima kasih ayah. Akan akak pastikan mendapat kejayaan demi memenuhi cita-cita akan dan kehendak ayah dan mak. Ku ingat hadiahkanya buat arwah ayahanda tercinta. Al-Fatihah.

kepada my MIL, semoga mak sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik dan mak tabah menghadapi dugaan Allah. Kami sebagai anak akan sentiasa berada di belakang mak utk memberikan sokongan yang tidak terhingga.

Kepada ibu tercinta di kpg, semoga mak tabah dan teruskan kehidupan dengan lebih baik lg. Kita tetap akan terus perjuangan ayah. Semoga roh arwah ayah dirahmati Allah, yek mak...terima kasih atas kasih dan sayang mak dan penat lelah mak menjaga ayah selama ayah masih hidup. Semoga Allah membalas semua kebaikan mak. Amin.

Labels: , ,

10 Comments:

  • At 1:50 PM, Blogger ~aNNa~ said…

    anne, dariNYA kita datang...kepadaNYA kita kembali. sekurang-kurang allahyarham ayah anne sakit sekejap. tak lama. dan dia pergi almost semua org yg dia sayang ada di sini. anne tabah ya. doakan dia banyak-banyak. doa anak soleh paling mustajab!

    mmg Allah suatu ketika akan uji hambaNYA yg DIA rasakan mampu. kadang-kadang kita almost give up & menyerah kalah. tapi Allah tak kan duga hambaNYA yang DIA rasa tak mampu. so we must be the chosen one kan.

    cakap memang senang. padahal yg mengalami yg nak tanggung. org slalu cakap mcm tu kan. apa-apa anne, senul kena kuatkan semangat ya!

     
  • At 2:23 PM, Blogger happy2gether said…

    Anne, betul ckp Anna, Allah takkan menguji orang tak mampun menghadapinya, insyallah there's always blessing in disguise...terpaksa kita akur ngan ketentuan Ilahi...

    Bila baca entry ni Mai yakin Anne mampu menghadapinya, time will heal the pain...apapun tahniah diatas result Anne yg cemerlang tu...pasti arwah gembira.

    Take care yer Anne...Hugs!

     
  • At 8:20 PM, Anonymous Anonymous said…

    denggi, try bagi sup ketam..insyaallah ..naik platlet darah..

    takziah..

     
  • At 1:08 PM, Blogger Mama Aleeya said…

    anna: betul kata anna tu....semua kata anna tu mengingatkan anne pada kata kawan-kawan mak dgn arwah ayah...semoga anne tabah hadapi ujian nie...insyallah ...
    tq...
    Mai: tqvm mai...both of u..really help me to remind myself to be strong....insyallah moga Allah sentiasa bersama kita smeua...

    anonymous: tak sempat nak try sup ketam..diaorg dah sembuh..alhamdulillah.Ada terdgr juga org ckp pasal sup ketam tu...tq

     
  • At 12:06 AM, Blogger Mommy Lyna said…

    owh. in hurry xsmpt nk coment. just nk tinggal jejak, i was here!

    :)

     
  • At 1:31 PM, Blogger Unknown said…

    siannye, semoga tabah menghadapi dugaan yer. Doakan mereka berdua cpt sembuh. Yang telah pergi, semoga rohnye dicucuri rahmat.

     
  • At 2:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Impressora e Multifuncional, I hope you enjoy. The address is http://impressora-multifuncional.blogspot.com. A hug.

     
  • At 10:33 AM, Blogger notti netti said…

    Semoga tabah hadapi ujian Allah s.w.t ye.

     
  • At 6:36 AM, Blogger jarijemariwangi.blogspot.com said…

    salam.
    saba la tempuh dugaan2 tu.
    saye sndiri pnah rase dugaan gnie.
    dan saye sendiri yg mengadap saat penghujung nyawa.
    dan prcaye la byk hikmah sume tu.
    tabah n saba jew.
    when u free,check my memoriable story k.

     
  • At 5:54 PM, Blogger Unknown said…

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

     

Post a Comment

<< Home