

Hari nie genap Adriana Aleeya setahun sebulan. Wah tak sangka sungguh cepat masa berlalu. Selang seminggu bufday Aleeya, anne terpaksa hntr Aleeya balik ke kpg sebab anne ada final exam. Terpaksa, kalau tidak, alamatnya anne tak study laa, duk sibuk nak bermain dgn Aleeya. Memang dugaan betul. Memang rasanya dah tak bleh nak tinggalkan Aleeya tp apakan daya terpaksa. Untuk sementara sahaja. Lepas habis exam, anne ada sebulan saje dpt merehatkan minda dan melayan aleeya. Well bukan pasal nak rehatkan minda anne nak citerkan kat sini.
Masa mencurahkan idea dlm blog nie, Aleeya ada kat sebelah anne tengah tido. Alhamdulillah sepanjang 13 bulan nie, Aleeya membesar seperti kanak-kanak lain, cuma sekali-sekala ada lah sakit. Takpe itu semua asam garam kehidupan.
Tak banyak sgt nak diceritakan about Aleeya nie, cuma sejak balik dr kpg nie, mak anne ckp banyak juga lah perkataan yang bleh di sebut. Mcm Cicak, Ayam jadi "Ayah". Lagi yang bleh di sebut adalah Atok..tp nenek lum reti lg,mayb sbb panjang sgt kot. Skrg nie, bila kita nyanyikan lagu Macam-macam Aznil, sure lepas tu dia akan buat head banging....wah suka sgt lagu tu.Agaknya dia teringat kot masa dlm perut...anne suka sgt tgk citer Macam-macam Aznil masa tu.Menurun ke Adriana skrg lak. Tp bila dia dgr suara Aznil jek, tengah susu ke, main ke, bleh berhenti kejap nak tgk Aznil. Memang suka lah tu dgn aznil. Kalau rasanya rancangan Macam-macam aznil tu ada lg 3-4 tahun, mahu anne masukkan Aleeya utk sekmen...anak-anakku...Kalau ada lah.Hope time tu Aznil lum pencen lagi.
Sejak dah dpt kaki nak berjalan, hari2 Aleeya akan mengukur keluasan rumah. Memang tak reti penat. Habis semua brg kena make sure berada di tmpt yang selamat. Kalau rumah mak kat kpg puas lah dia berjalan depan belakang. Kalau dr depan nak ke dapur tu jauh lah juga, suka lah dia. Port paling Aleeya suka ialah dapur dan toilet. Pantang nampak org kat 2 area tu sure nak mengikut. Lagi satu yang dia suka sgt buat, jumpa kain or tisu, sibuk nak lap lantai, hmm bagus jugak tu...rajin tolong mama lap rumah ekk. Yang tu anne suka sbb suka nolong. Nanti besar senang mama nak mintak tolong. Huhuhuhu.
Selain tu, Aleeya memang suka memanjat grill, tp sib baik baru 2 mata jek, tangga pun terrer juga panjat, walhal kat rumah takde tangga, mana lah dia belajar. Kena sentiasa awas dgn pergerakan dier. Org tua kata, kalau dier nak jalan, biarkan jek, jgn dikawal, sian kat budak kecik tu. Tp kena perhatikan jugak lah kan. Kita citer pulak bab gigi dia, skrg dah ada 6 btg gigi, mak kata skrg dah bleh makan lembu sekor. Apa lah lawak mak aku nie. Tp satu jek Aleeya nie suka gigit org. ANne nie dah berapa kali kena gigit, sib baik takde lah tinggal kesan. Gigi baru kan, sure lah tajam. Memang sakit aaa..Tahan jek lah. Skrg nie mcm2 nak di makan, org makan, dier sibuk nak rasa, beri jek lah buat merasa. Alhamdulillah blm masanya lg dia cerewet bab makan, Harap Aleeya tak cerewet makan ekk syg. Mama akan masak kan semua jenis makanan untuk Aleeya makan. Jgn memilih ekk syg.
Umur dah masuk setahun nie memang makin lama makin lasak. Masyallah memang tak terkata lah lasak dier. Kekadang tu bila Hasnul ada rumah, anne akan serahkan Aleeya pada Hasnul sbb time tu lah anne bleh settlekan semua keje2 rumah. Skrg nak buat apa2 kena tunggu dia tido dulu sbb tu skrg anne akan tido dulu dan bangun utk siapkan keje rumah. Tiap hari tido kul 3 or 4 pg. Mula2 tu rasa letih, tp bila lama2 dah lali. Takpelah Aleeya bukan kacau anne sgt pun, kalau dia nak sibuk kemas rumah pun, kemas jek lah. Seronok dpt sama-sama kemas dgn Aleeya. Beri jek something utk dia belek, sure dia leka. Masa tu lah kita leh siapkan keje. Takde lah bosan sgt rasa.
To my Aleeya, we love u so much. Mama&Papa harap berjaya mendidik Aleeya dgn sehabis kemampuan kami. Kasih dan sayang yang kami berikan tiada tolok bandingnya. Semoga Aleeya menjadi anak yang solehah, anak yang berjaya, anak yang baik dan anak yang segala-galanya terbaik utk kami berdua.
Labels: Kesayangan Mama, Papa.