the new beginning of my life

babies

Sunday, March 26, 2006

Ingatkan Contraction Rupanya....

Assalamualaikum....

Sorry lama tak mengepost kat blog nie. Lately nie keje kat opis byk ler pulak...tambah lg dgn pie medical check-up dan appoitment dekat Hospital Putrajaya. Alhamdulillah masa g dua2 check-up anne dalam keadaan ok.Cuma doktor Ixora kata bila rasa ada turun tanda...boleh laa ke wad bersalin tingkat 1 kat hopsital putrajaya. Haiyaa makin lama makin dekat menunggu hari. Rasa mcm tak caya baby dalam perut nie nak kuar. Papanya tak sabar2 duk menunggu baby kuar sampaikan buat voting bila anne nak bersalin. Tak senonoh betul tp it was fun. Lepas anne...mai laa pulak. Tp entah2 mana tahu kot Mai dulu ke...hihihi

Nak dijadikan citer...sehari lepas balik dr check-up...Munirah ada ckp...

"Munirah: Aku rasakan kau bersalin lg 3 hari.
Anne : hehehehehe (mampu tergelak jek)jgn aa weyyy...bg aku pegi kahwin Ganesh dulu.
Munirah: hahahahaha"

Lebih kurang mcm tu laa dialog nye...Ptg jumaat 24/3/2006 di saat semua org gembira mengira gaji...anne lak terasa mcm contraction ...sakit dier memang tak ingat aaa..Rasa nak nangis ada..Masa tu byk benda aku pk. Takkan awal sgt kot budak nie nak kuar. tapi sama tahu kuasa Allah.
Anne tak bgtau hasnul pun pasal benda nie. Pk takde apa2..just baru start contraction jek..tanda blm ada lg. Rasa nk pengsan ada, nak jatuh pun ada..Bak kata org semua perasaan adalaa....isk2 susah aa nak gambarkan. Ptg masa nak balik Munirah tolong hantar aku ke opis Hasnul kat CBJ1. Sampai2 jek muka anne mcm dah biru, berkerut2..mcm2 aaa. Hasnul kata biar laa anne duduk kat opis dier kalau ada apa2 senang skit. Lepas jek Munirah & Sutan balik...masuk ke opis hasnul...terasa nak buang air....Lepas tu sensored aaa...

Ckp kat Hasnul..mcm kena diarrhea jek...tp sakit nye perut memang tak ingat.Ya Allah tuhan jek tahu. Masa tu rasa mcm nak mati jek sakitnya.Serius sakit teramat sgt. Kena tunggu hasnul habis keje dlm kul 10, then baru g klinik. Carik klinik 24 jam, nasib baik Brother Faiz tahu kat mana ada klinik 24 jam. So kitaorg pegilaa ke Presint 9, alhamdulillah jumpa laa klinik yg dickpkan tadi. Terus masuk and daftar. Lega dpt doktor perempuan, lembut dan cair tgk dier. Dok Explain kat dier apa yg anne alami. Dier check keadaan anne dgn baby..nampak semua ok. Tp doktor ada ckp, "kalau u ada rasa perut mengeras2 lagi, pegi hospital utk buat CTG(untuk monitor heart bit baby".Isk ngerun juga bila doktor kata mcm tu.Tp yang pastinya rupanya memang confirm anne kena diarrhea, tp kira anne heran juga...apasal leh teruk sgt...kira memang lembik tak ingat aaa. Tuhan jek tahu mcm mana rasanya.Doktor beri 3 jenis ubat, ubat cirit-birit, air garam dgn ubat gastrik. Balik2 jek rumah terus mkn roti kosong and lepas tu mkn ubat, then tukar baju, then terus tido. Letih sesgt. Sblm tido tu duk pk, kalau mcm nie rasa nya...kalau contraction betul2 mcm mana laa rasanya. Eeeeeeeeee....mcm2 bayangan yg dibayangkan.

Pg smlm bgn mcm biasa, terus masak air then minum oat + roti. Lepas tu mkn ubat lg. Since tgk anne dah tak cirit-birit, ubat dah stop mkn kecuali ubat gastrik. Perut terasa kena gastrik. Standardlaa memang kena gastrik bila kena cirit-birit. Then tengah duk rehat kat rumah, dpt call dr my boss suruh dtg opis sbb E-Browse problem, anne ckp laa tak leh dtg sbb kena diarrhea. Apalaa boss aku nie, padahal dier ada kat sana..apasalahnya kau tgk. Eeee masa tu geram sgt. Ini laa padahnya nk jadi admin tp tak reti. Hahahaha sempat lg mengutuk. Anne bgtau Hasnul,hasnul suruh jek bgtau yg arie nie kurang sihat. Tp memang betul pun, anne baru nak recover yg smlm punya penat. Dlm tghhari hasnul ajak g bayar utang citibank, masa pegi tu rasa ok tp bila naik kereta..terasa terus sakit2 bdn. Duk diam jek dlm kereta. Mcm ayam berak kapur. Ptg tu Hasnul keje sampai kul 10. Lepas hasnul turun kan anne kat rumah, naik rumah..terus tido terasa anne demam lak. Memang panas aa bdn. Masa tido tu bukannya nyenyak sgt. Semua muscles sakit. Bayangkan tido bawah kipas tp berpeluh2. Ptg tu gagahkan diri utk bgn makan..untuk beri energy. Lepas tu mkn ubat gastrik lg. Then rileks, mandi, solat and rest.

Kali nie teruk betul sakit, mlm tu Munirah dgn Isk dtg...sbb nak ambik Sutan balik dr keje. Memula tu munirah nak bawak g klinik sbb anne kata anne demam, tp tak jadi sbb rasa dah tak panas sgt bdn. Mlm tu kenduri nasi beriani johor yg Munirah bawak dr kedai aunty Sutan. N mkn skit jek sbb utk buat alas perut. Lepas Munirah & Sutan balik...anne terus tido sbb keletihan.

Pg nie bgn rasa bdn segar skit. Alhamdulillah semuanya ok. My baby pun ok.Lega semuanya dah kembali normal. Cuma lepas nie kena be careful dalam memilih food. Kedai yang anne mkn tu...kena aa ban sekejap. Hopefully lepas nie takde masalah diarrhea lg. Wah...rasanya dah panjang jela bercerita apa yg berlaku pada anne. Cukup takat nie, lepas nie nk kemas2 rumah skit, nak study and nak rest betul2. Oklaa stop sini dulu, jumpa di next post.

Friday, March 10, 2006

Cerita merapu...

Adik: kak, org balik kampung hari Sabtu nie?
Anne: Ok, dah habis exam ke?
Adik: Dah.Angah pun balik jugak.
Anne: oo yeke. Emm tak dpt aa lepak rumah angah minggu nie.
Adik: emm....boleh aa org jumpa anak sedara org yang lama tak jumpa.
Anne: Jumpa ler....


begitulah conversation anne ngan adik aku. Dier baru lepas exam kolej, lepas nie dier cuti aa. Bestnya bila dgr semua org dpt balik kpg. Anne tak leh nak balik dgn sbb:

i) skrg nie dah sarat mengandung, so tak berapa elok nak journey jauh2.
ii)my hubby keje. sejak dier keje shift nie dah jarang balik kpg. Nk balik arie tu pun terpaksa kancel. Kena laa terima semuanya. Dah nama pun carik rezeki.

So hujung minggu nie, anne melepak la kat rumah since minggu nie takde kelas. So bermula aktiviti mengemas rumah, bukak cadar, mop lantai, basuh toilet, kemas dapur dan iron baju. Well itu laa keje-keje yang aku suka buat selain dr menonton tv or layan movie. Chewah...mcm larat nak buat semua keje dalam satu masa. Tapi apa2 pun mlm nie dah boleh start basuh toilet.
Lega smlm dpt kemas bilik second tu. Tapi belum menyapu + mengemop bilik tu.Rasa lama tak mop rumah macam tak best jek. Tapi lega skit sbb baju2 semua dah basuh smlm.So mlm nie tak yah pening kepala pk pasal baju tak basuh.

Apa lagi yang nak dimerapukan nie? Bukan apa, arie nie rasa bosan + bosan +bosan. Sampai opis jek....terus mengadap keje. Memandangkan hari nie hari jumaat so mood keje dah takde. Pg2 lagi aku dah pie wat keje. Ebrowse nie byk lak problemnya. Geram ada, menyampah pun ada. Tp buat jek laa dah itu keje anne. Isk apa laa aku merapu nie. Emm dah laa stop dulu laa...nanti sambung balik pada next post. Adios!!!

Thursday, March 02, 2006

Layan .....


KasihKu Sinar..

Melangkah mengharapkan
Hadir dirimu
Ku genggam segala memori

Kita dewasa bersama
Menuju satu cita
Walau jalan berbeza

Kasihku sinar tanpa cinta
Sinarnya tanpa asmara
Dengarilah hatiku rindu

Kasihku mekar tak berbunga
Mekarnya di dalam jiwa
Biarkanlah, biarkan saja
'Kasihku sinar'

Andai kau ada disini
Terukirlah senyuman
Tersingkir rasa sepi

Andai kau pergi dari sisi
Jangan disingkir
Diriku dari mimpimu