the new beginning of my life

babies

Wednesday, April 25, 2007

Last Paper...

Today is my last paper...pukul 2.30pm, rasa tak sabar nak tunggu saat pukul 440ptg. Lepas tu rasanya mcm nak jerit kata aku dah habis exam!!!!! Tp selalunya mcm nak buat tp tak terbuat, jerit dalam hati jek. Lepas habis exam nie, dapatlah berehat belajo kejap utk selama satu bulan. Lepas tu sambung lak utk sem Mei 2007. Makin lama subject semakin mencabar minda ku ini. Alhamdulillah skrg dah ada balik geng2 nak buat perbincangan. Rasa sem akan dtg dah tahu geng2 yang sama ambik subject yang sama. Hope kita dpt berdiscuss mcm sem Januari.

Lepas habis exam, rasa nak balik rumah, nak rehat cukup2. Ceh mcm tak penah rasa rehat betul. Pg nie tak boleh nak tido lepas berlaku satu peristiwa yang bleh membuat kita rasa tensen. Malas nak bercerita,baik buang citer yang tak seronok tu jauh2. Skrg nie tengah tgk citer Raven. Alamatnya pg nie tido lewat lg ler aku. Smlm dah tido lewat...hari nie tido lewat lg.

Yesterday was my lovely Syasya Arina nye bufday. Sori laa dear lambat wish, auntie ada exam laa sayang. Can't wait to meet u on ur belated birthday party. Hujung minggu nie juga, my dearly Adriana Aleeya balik ke kl semula. Aduii rindunya dgn dier. Dah membuak2 rindu nie.
Hmm oklaa dah habis story...nanti sambung lg..

Labels:

Friday, April 20, 2007

Cuti, Exam dan Jalan2

Mulai hari nie sampai 2 Mei akan mula bercuti panjang. Rasa malas betul nak duduk kat opis tu. Tensen dgn bermacam2 kerenah manusia termasuk lah dgn diri aku sendiri. Rasa nya keseronokan keje tak sama mcm keseronokan masa mula-mula masuk kerja di CBJ2. Tapi semua perasaan tu di simpan jauh2 supaya keseronokan keje sentiasa ada dlm lubuk hati ini. Demi sesuap nasi untuk satu hari, anne tabahkan hati menempuh semua tu. Bukan soal keje yang nak diceritakan, mulai minggu nie dan hingga laa ujung bulan April nie, anne akan final exam untuk Semester Januari tahun 2007. Terasa kehangatan exam tu mula terasa di kala pada hari nie anne dah lalui first paper iaitu subject Business Reserach method. Bunyi jek mcm dah gah tapi tak segah jawapan exam yang telah anne jawab. Soalan dier perlukan jawapan common sense aje..tp terpulang kepada penanda soalan anne tu. Harap-harap semuanya ok. Minggu depan ada lagi 2 paper menunggu, 24 dan 25 April. lepas tu anne merdeka seketika sementara menunggu semester baru bermula.

Lepas habis exam, anne cuti lg. Sempena cuti nie, kami plan nak ke Kelantan dan Grik. Sementara tengah cuti sem dan cuti keje nie kan, so dptlah jalan-jalan skit. Nampaknya nie kali ke-4 anne akan dtg ke negeri Kelantan. Kedudukan kelantan yang jauh tu memaksa anne tak dpt dtg selalu ke Kelantan melainkan ada member kahwin. Dlm pemikiran dah terpk nak beli apa yek? Any idea nak beli. Lepas dr Kelantan, kitaorg nak ke Grik. Ada apa kat grik..tunggu next entry.huhuhuhu...

Apa yang nak diceritakan kat sini adalah...tak sabo sebenarnya nak habiskan exam nie, kerana rindu ku pada dier semakin membuak-buak. Tak sabar nak jumpa......Ada juga member-member lain yang exam juga. All the best to Anna, Mai, Zaimi, Azmi, Abg.Faiz,Keril dan Shahril. Semoga korang berjaya dlm perjuangan korang. Oklah..anne nak sambung study.....to all Study Smart n Good Luck..

Labels: , ,

Monday, April 16, 2007

Mix story....

Happy Birthday My Adriana Aleeya........sori mama terlambat buat entry kali nie...dan sememangnya lama tak update blog nie...kemalasan tahap dewa...Sempena my little princessnya bufday jatuh pada hari Ahad....maka dgn kesungguhan dan agenda yang bleh dikira last minute menjemput kawan2 rapat dan dekat.....maka mama&papa sempat mengadakan majlis meraikan hari yang bersejarah dlm hidup anak mama nie. Alhamdulillah penat lelah mama&papa membuat persediaan untuk menyambut bufdya Aleeya tercapai juga akhirnya. Terima kasih tidak terhingga pada Mai&Co, Ila&Co, Miera&Co, Kak Zie&Co, Kak Nurul&Co, Diana&Co, Rose&Co, Eqa and my bro, Fauzan(memegang tender utk air) dan tidak terlupa pada official potograper...Auntie Jojet. Dgn kehadiran korang, menambahkan lagi majlis kecil-kceilan yang kami buat tu...dan mohon maaf jika terdapat kekurangan dan sesungguhnya yang kurang itu dtgnya dr kami dan yang baik itu hanya dr Allah.

Terima kasih to..pada hadiah2 yang diberi, dan tak sempat lg Aleeya nak main dgn new toys dan mencuba dress2 yang dpt dr Auntie semua.

Alhamdulilah sepanjang pembesaran Aleeya, dia tak byk sgt kerenah, kurang sakit dan rasanya membesar seperti anak2 yang lain. Cuma Adriana skrg semakin lasak dan suka betul nyanyi. Lagi satu suka beno buat suara ayam berkokok...Terhibur mama+papa dengan telatah Adriana nie. Sykur pada Allah dgn anugerah yang diberikan ini. Masih terbayang saat2 Aleeya nak kuar dr perut mama, sungguh2 mama push supaya Adriana cepat kuar dan dikala dgr suara Aleeya menagis untuk pertama kalinya, membuat rasa penat push ilang dan rasa bersyukur kepada Allah kerana anne&hasnul dianugerahkan seorang cahaya mata yang cantik dan sempurna. Rasa sudah lengkap sebuah keluarga yang diidamkan oleh semua org.
Skrg Aleeya sudah setahun, apa yang anne rasa skrg, tak bleh lansung berenggang dgn Aleeya. Rasa rindu yang tidak terhingga. Setiap hari terbayang wajah gelak dan tawa riang Aleeya yang membuat hati nie rasa gembira sgt. Rasa penat terus ilang bila balik keje or kelas. Skrg nie anne kena concentrate kat exam yang akan dtg. Rasa rindu nie pada Aleeya makin hari makin bertambah, hanya allah sahaja yang tahu.
Mama&papa doakan semoga Aleeya membesar dgn baik dan sihat. Jadik anak yang berjaya di masa akan dtg.

Labels: ,