the new beginning of my life

babies

Friday, June 30, 2006

A very busy week

Its been 2 weeks i'm busy with all my activities; working, training, my baby, my hubby and doing housework. So tiring for the whole weeks since i'm just starting working from maternity leave. I'm missing my princess so much. Rasa nak bawak g keje jek duduk sebelah mama. Tapi tak boleh. 2 week ago i went for SAN Storage training with Sutan. With permissioned from hubby and Munirah since i have to go together with Sutan. This is the first time Anne attend for training. Best!!! Alamak...balik kena cuba nie..kena mintak tolong dr Sifu Sutan utk ajarkan.

On Monday&Tuesday pegi training Scicom dgn hubby and Zaimi. We met at ERL station since the training nearby KLCC. Arrived at Sentral we switch to LRT Putra to KLCC. It was a great training and fun too. Training is about how to handle customer complaint. Dalam erti kata lain..mcm mana nak tipu customer...hahahahahah teruk betul. Dalam 2 hari tu, dpt laa jumpa dgn Kak Pah, Ina(Khezri), Eza, WAk Attan, Md.Noor, Jalie, Shobrie, Najmi, Uda(Mom to be)Congrats to Uda. Seronok aaa boleh lupakan masalah sekejap. Kira mcm release the problems.

Full of activities such as discussion in group, acting...and acting....and acting. Its a spontenous act. Memang gelak tak ingat aaa. Most funniest group was Wak Attan's group.

On the second day, we came late because i not feeling so well(kena cirit-birit). I think it was the food or drinks. Mayb diaorg guna air yang separuh masak. Anne memang kalah aaa.. Tapi thank Allah anne recover back by 10am. Since dah ok, hubby ajak pegi jugak. Lepas dah siapkan mandi My princess, hntr rumah aunty and terus pegi Scicom. I though that i'm the only one yang kena diarhea rupanya Uda , Ila and Wak Attan pun kena.Tapi diaorg kena lagi lama dr Anne. The class finished at 430pm. tak sempat nak ambik gambar dgn semua2 tu.Lepas tu apa lagi terus merewang ke KLCC. Hubby want to eat at Burger King. Me as usual, carik kasut kat VINCCI since dah lama tak beli kasut. Boleh laa beli satu. Peruntukan lain utk Aleeya.

So far i really enjoy with the course. Esok dah mula masuk opis semula. Sambung balik keje harian. Today i manage to complete my monthly report since "MY BOSS" nak report tu by next Monday. Ok enough for today.

Thursday, June 29, 2006

TAG BY MISS MOON (WASIAT)

Actually minggu lepas lagi Moon dah tag anne, tp memandangkan minggu lepas anne sibuk dgn training dan menyiapkan assignment, so terpaksa tangguh niat utk mengarang dlm blog nie. Bila baca Ila dan Moon punya wasiat nak nangis ada, nak tergelak ada.Oklaa baca kat bawah nie. Menarik ke idak...baca jek laa utk tatapan...hehehehehe..

MY BABY

Sama mcm Moon, Ila dan Filla, anne nak my hubby take a good care of Aleeya. Aleeya is my lovely princess. Kalau hasnul jumpa jodoh baru, hope new wife boleh terima Aleeya seadanya. Dan anne nak hasnul tahu betapa anne sayang sgt2 pada Aleeya dan dia.

MY CAR

Anne takde kereta lagi. Satu harta pun anne blm ada cuma ada Aleeya sorang. Tapi kalau ada rezeki Allah dpt beli satu kereta,Anne nak hasnul bawak Aleeya jalan dgn kereta mama dier. Itu jek.

MY HOUSE

Buat masa nie belum ada rumah. Kalau dah ada nanti, anne nak hubby stay kat rumah tu kalau his new wife tak kisah.Paling utama, decoration kat bilik Aleeya jgn diubah lansung supaya Aleeya ingat terus pada mama dier.(Ishk...ishk..sedih pulak)
Kalau nak jual, please bank-in all the money to my Aleeya's account.

INSURAN/SAVINGS
Insurans beri 50% to hubby n 50% to my mum. Savings semua beri Aleeya. EPF jek blm diubah lagi. Ingat nak beri Aleeya dgn hubby. (Emm...baiknya aku...hahahahaha..perasan jek).

BAJU NIKAH
Beri Aleeya. Since Aleeya adalah permata yang sulung, so memang akan beri pada dier. She can keep it.

Baju+etc
My baju tu...mana yang sesuai beri paa Aleeya. If not sedekah jek laa pada anak-anak yatim.

PHOTO
Gambar ekk..since kenal Miss Moon anne dah jadik seorang yang nak ambik gambar jek. So gambar tu bleh disimpan oleh my hubby as a kenangan. Sedihnya.........huwaaaa...

Oklah..anne tak tahu nak tag sapa...oklah sapa yang baca nie.Anne tag dier...hahahahaha.Tak kira aaaa. Itu saja setakat ini.

Friday, June 16, 2006

JUSCO TAMAN EQUINE KINI DI SERI KEMBANGAN

Teringat iklan dlm radio, "JUSCO TAMAN EQUINE KINI DI BUKA DI SERI KEMBANGAN". Pergh iklan yang sungguh bersemangat. Bila dengar jek iklan nie kat radio, semangat nak ke Jusco baru nie semakin hari semakin berkobar2. Bila tiba hari yang dinantikan iaitu smlm, 15.6.2006, maka ramai org berpusu-pusu ke sana. Bandar Putra Permai yang tak penah2 jammed, tetiba jammed bangat sampaikan kereta bergerak mcm siput. Asalnya memang tak plan nak pegi, tapi sbbkan nak rasa havocnya suasana pembukaannya Jusco baru tu, maka termenyibuk pulak ke sana. Janji mula-mula nak pegi dgn Munirah&Sutan. last-last setelah berjaya meracun Rizal. So kitaorg pun janji jumpa kat sana.

Rizal&Ija sampai dulu dr kitaorg yang duduk sekakang kera jek dgn Jusco tu. Tgk keadaan ptg tu, jalan blm jammed lg tapi bila menjelang mlm..pergh jammed tak ingat. Anne&Hasanul dpt laa carik parking tapi kesian kat Munirah&Sutan sampai pusing byk kali utk masuk parking. Sampaikan sutan naik tension last-last diaorg balik. Takde apa yang dibeli cuma nak tgk keadaan Jusco tu jek. Nampak susunannya lain skit dr Jusco yang biasa kita pegi, sayangnya gambar blm sempat nak ambik. Kitaorg g JJ tu sekejap jek. Takpe lain kali bleh pegi. Jusco...tunggu Aleeya akan dtg lagi.

Yang leganya, nasib baik Aleeya tido jek masa kat JJ tu, sempat laa menengok2 brg kat sana. Tapi bila Aleeya bgn...terus pk nak balik, takut dier tak selesa. Byk masa pun.Oklaa pada kawan2 yang nak pegi, tunggu laa lagi 2-3 hari, kasi lega suasana crowded tu.Lepas tu kita SERBU..............

Thursday, June 15, 2006

Peristiwa yang berlaku dlam masa 2 bulan


Berjumpa kembali dlm post yang baru. Banyak cerita nak diceritakan dlm blog nie, tapi tak tahu mcm mana nak mula. Karangan ayat bukannya bagus sgt mcm org lain. Nampak sgtlah bukan seorang penulis cerita yang baik.Hehehehe.So main cerita jek la.

8 April 2006: Aleeya selamat dilahirkan. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar dan aleeya pun takde problem sgt. Esoknya dah boleh kuar. Kuar terus balik rumah then terus balik Muar. Selamat tinggal KL.






Sepanjang berada di Muar, aleeya takde problem sgt. Yang problem cuma mama dier jek. Tak leh buang air besar sampai 2-3 hari. Doktor ada beri ubat, tp ubat cecair. Sebenarnya bila mkn ubat tu ada effect pada baby rupanya. My Aleeya buang air besar sampai 4-5 kali satu hari.Sian dier. Baru tahu bila pegi jumpa doktor lain. Dekat 3-4 hari baru Aleeya kembali normal buang air. Sori Aleeya, rasa bersalah pulak. Selepas perkara tu, terus beringat sampai bila-bila.
2 minggu sekali papa Aleeya sure balik. Nak tgk anak dier, tgk mama Aleeya sekali. Terkejut juga hasnul tgk Aleeya dah semakin tembam. Anak papa nie nak cepat besar lah. Bila tgk Aleeya membesar depan mata, rasa best sgt.Moga2 aleeya sihat dan membesar bagai johan...

8.5.2006: My Aleeya dah genap sebulan. Rasa sekejap jek. Esoknya Aleeya kena cucuk utk sebulan. Tapi Aleeya good gil, nangis sekejap jek. Masa nie berat Aleeya dah 3.8kg dan panjang 59cm. Uik nampak laa anak mama dah besar. 13.5.2006 ada kenduri kesyukuran kat Muar. Kitaorg memang tak buat acara cukur jambul. Cuma buat aqiqah Aleeya saja.

15.5.2006: tarikh nie tarikh keramat utk kami berdua. Diam tak diam genap setahun kami melayari bahtera sebagai suami isteri. Skrg dah bertiga. Aleeya ada hadiah dan anugerah yang tidak terhingga utk my beloved hubby. Tq B sbb sudi melayan kerenah isterimu ini. Moga2 kehidupan kita bertambah baik dan sempurna. Moga kita sama-sama dpt menjaga dan mendidik Aleeya dgn baik.Insyallah.

24.5.2006: Mama dan Aleeya balik semula ke KL. Good bye to nenek dgn atuk kat Muar. Sedihnya nak tinggalkan mak ngan ayah kat kpg. Dekat 2 bulan duduk Muar, rasa sedih pulak nak tinggalkan mak&ayah. Huwaaaa....rindunya kat mak. Balik terus ke Salak Tinggi. Duduk sampai ujung minggu jek. Kat sana atuk&wan salak sediakan persiapan yang grand untuk sambut cucu sulung dier nie. Best a Aleeya mcm2 dpt dr atuk&wan dier nie. Belikan baby-cot yang di hias mcm nak smabut tuan puteri. Sepanjang duduk sana, aleeya tak byk ragam cuma masa mula2 sampai dier susah skit nak tido, mayb penat. Takpe Aleeya, mama urutkan badan2 Aleeya. Hari Ahad tu, kami terus balik ke Seri kembangan. Yeyeye balik rumah, rindu nya kat rumah. Balik serabut dgn brg2 dr kampung.Pergh camner nak kemas nie...mana nak mula. Slow2 kayuh org kata.

8.6.2006: Masa nie Aleeya genap 2 bulan.Kejap nye. Esoknya Aleeya g cucuk lagi. kali nie Aleeya demam sekejap. Alhamdulillah Aleeya tak nangis lansung masa kena cucuk. Balik mama tuam kat punggung dier takut lebam. Good girl Aleeya. Hari nie jugak mama sepatutnya cuti, tp mama sambung cuti memandangkan mood keje blm dtg lagi tambahan pulak Mummy Isk training. Kiranya minggu depan laa masuk keje. Aleeya anne hntar ke rumah makcik hasnul yang di Putrajaya. Risau jugak kot aleeya tak mo, tp nampaknya semuanya ok. Alhamdulillah. Mayb hantar ke sana sekejap jek kot. Bila Aleeya dah besar hntr ke tmpt lain laa pulak.

10 June 2006: Hari tu ada buat tahlil kesyukuran kat rumah seri kembangan.Terima kasih pada mak&ayah, adik beradik, sedara-mara dan kawan2 yang hadir masa tu. Pada yang terlupa nak dijemput tu, mintak maaf byk2. Lain kali anne buat jamuan mkn2 pulak.

12 June 2006: Mama dah mula masuk keje...huwaaaa..bercintanya nak keje.Tgk Aleeya depan mata lagi best. Tp bila kat tmpt keje tension2, bila tgk anak..terus ilang. Betul kata Miera.
Skrg nie Aleeya suka berborak2 dgn org. Tak kira sapa2 la.Dgn Mummy Isk pun dier suka berborak. Tak tahu laa cerita apa.Hanya Isk dan Aleeya jek yang faham. Haiyaa...banyak lindu laa sama Aleeya. Skrg nie apa2 mesti pk anak. Takde pk lain. Anak...anak..anak....Para bapa jgn ambik hati lak. Ibu2 semua masih mengingatimu sampai bila2. Hehehehe.
Sunggu cepat masa berlalu. Kejap jek nanti Aleeya dah 3 bulan, kejap lagi 4 bulan dan seterusnya. Bila tgk Iskandar dan Mia dah besar, rasa seronok jek. Tp tadi Ija ckp, bila dah besar nanti kita rasa kenapa cepat sgt besar. Itula kehidupan.

Mak aiii tak sedar dah panjang berjela bercerita. Sayangnya blogger nie ada problem. Byk lagi nak letak gambar Aleeya tp dpt upload skit jek. Takpe nanti dah ok Anne akan upload lagi. Sampai sini dulu. Esok citer lain.

Wednesday, June 14, 2006

Sudah kembali...

Setelah 2 bulan berehat kat rumah, maka bermula semula kehidupan untuk kembali bekerja. Rasa seronok pulak duduk kat rumah. Satu anugerah dr setiap syarikat memberikan cuti selama 60 hari kepada wanita yang bersalin. Alhamdulillah selama 2 bulan berada di rumah, anne cuba menimba ilmu untuk menjaga Aleeya dr mak anne dan juga my sister. Mula-mula balik ke rumah sendiri rasa kelam-kabut dan kepala serabut dgn keadaan rumah yang macam kapal karam. Masa tu mula teringat mak ckp, bila Aleeya tido kena buat keje cepat2. Memang betul apa kata mak. Semua benda kena buat sendiri. Mandikan aleeya, beri aleeya susu, sakit pening dier (emm..dier ada pening ke)..semua kena buat sendiri. Of course laa Hasanul ada tolong, dier tolong menguruskan rumah bila anne sibuk melayan bila Aleeya meragam. Alhamdulillah berkat kesabaran kami berdua, semua tu dpt dilakukan dgn baik dan terlaksana dgn jayanya. Memang betul org kata, buat anak senang tp nak jaga tu bukannya senang. Bila dah lalui baru tahu mcm mana susahnya parents kita dulu nak besarkan kita. Semua pengalaman baru dilalui dgn perasaan yang penuh kesabaran.Alamatnya bil telefon bulan nie naik balik laa sbb bila tak tahu pie call mak, kakak, abg or munirah. Menimba pengalaman yang diaorg alami.

My mum ckp, jaga Aleeya nie takde laa masalah sgt cuma kalau dier kembung jek...memang susah skit nak tido. Skrg nie Aleeya ada masalah nak berak mcm sembelit skit, puas tukar susu, sama juga. Lastly my sis cadangkan pegi satu klinik kanak-kanak kat Bukit Raja sana. Jauh tu tp bila memikirkan pasal anak...pegi jek la. Nasib baik Klinik Tan tu panel TM Net, kalau tak sakit juga nak membayar. Skrg nie alhamdulillah My Aleeya dah ok. Lega rasanya. For ur information, all my niece ada masalah nak buang air besar, so agaknya benda nie menurun kot.

Last week, anne dah start masuk keje tp mood keje tu takde lg, so anne decided utk sambung lagi cuti until end of week. So ada masa lagi utk bersama-sama dgn Aleeya. Walaupun still cuti, Aleeya anne dah start rehearsal hantar Aleeya rumah makcik kat Putrajaya. Dalam hati ok ke Aleeya nie kat sana. By noon anne tried call, makcik kata yang Aleeya ok. Baru lega hati bila mendengar makcik ckp mcm tu.

Isnin smlm2 dah mula hntar balik Aleeya ke rumah makcik, hai rindu laa mama kat Aleeya. Isnin takde sgt keje just membuat housekeeping kat meja dan pc. Itu jek laa keje smlm. Tepat kul 530 terus cabut balik ambik Aleeya dah tak sabo nak peluk cium dier. Rindu amat. Baru laa tahu kenapa masa Munirah mula-mula masuk keje excited nak balik awal, rupanya nak ambik anak. Begitu laa rasanya bila terpisah dgn anak. Mula-mula mcm kelam kabut skit laa sbb hasnul keje shift so dier terpaksa mengexcusekan diri dr boss every morning dan evening untuk keluar ambik Aleeya. Aleeya anne tak berani nak dudukkan pada seat dier even carseat dier memang untuk infant, pinggang dier blm berapa kuat. Tunggu laa lagi 3-4 bulan. Masa tu mama akan ambik sendiri Aleeya.Sian papa. Sori papa tersusahkan papa. :)-

Selasa smlm dpt sms dr Mai yang dia dah balik KL.Wah dah tak sabar nak jumpa dgn Mai dgn Syasya. Camner laa syasya skrg.Sure bertambah2 comel.Syasya tunggu Aunty dtg tau dgn Aleeya sekali. Bleh berborak2 dgn syasya. Sambil-sambil tu nak jumpa Mai sekali. Rasa rindu lak..hehehehe...


Rasanya stop sini dulu. Nanti citer lain lak.