the new beginning of my life

babies

Tuesday, February 06, 2007

Lamanya Tak Update Blog...

Gambo Latest ALeeya


Gambar masa Aleeya kena campak kali kedua.





MAma paling suka gambo nie...




Love u so Much Aleeya
------------------------------------------------------------------------------------------------------



Lama betul rasanya tak update blog nie. Bukannya apa rasa memang tak minat bidang penulisan nie, tp kalau untuk luahan perasaan atau luahan citer bleh laa diluahkan di sini. Memang terasa lama tak update blog. Bila tgk blog org lain, sure ada cerita menarik untuk ditulis. Agaknya berapa bulan ekk tak update, since aleeya 7 bulan kot. Skrg nie Aleeya dah 10 bulan, kira2 3 bulan...isk lama bangat tidak diupdate blog ku ini. Well dlm tempuh 3 bulan banyak benda berlaku.

1. Bermulanya tahun baru 2007, saat Aleeya genap 9 bulan dia kena demam campak. Masa tu ingat lagi Aleeya mula kena demam masa time raya haji. Demam panas kejap panas, kejap ok..rupanya nak kena demam campak. Sib baik anne apply cuti lama, so bleh laa menjaga dier kat rumah. Tapi terpaksa mintak bantuan mak&ayah untuk jaga dier kat sini since kitaorg nak pergi bercuti ke langkawi. Our first plan nak bawak aleeya ke sana tp tidak kesampaian. Takpelaa mayb ada hikmah di sebalik semua tu. Takpelaa Aleeya kasi chance mama&papa bermadu kasih untuk kali kedua.....huhuhu...apolaa den citor nie.
Berbalik ke cerita bercuti di Langkawi, nak jadikan cerita, itulah pertama kali anne mengjejakkan kaki di bumi Langkawi. Best dpt jalan merata tmpt, alhamdulillah Hasnul tahu jalan ke sana since dier dah pergi byk kali. Jalan byk, shopping pun banyak ler jugak.hehehe...sampaikan kena byr sbb byk bwk brg, sampai overload. Sib baik kapal air asia tu tak senget.HAhahahaha. Tapi dlm hati duk teringat kat anak jek. Alhamdulillah sehari sblm balik ke KL, mak kata campak Aleeya dah surut. Lega mendengarnya. Balik jek KL terus singgah rumah jumpa my Aleeya. Rindunya tak terhingga. Tq to mak ngan ayah sbb susah2 dtg kl jaga cucu yang manja sorang nie.

2. Cerita kedua selepas balik bercuti, bermula la era tahun baru 2007, kena laa ada azam yang baru dan make sure capai azam tu. Datuk fadhillah Kamsah kata org yang takde azam, maknanya org tu tak kan berjaya. Kalau takde azam baru tahun nie, carry forward laa azam tahun lepas, tak salah janji ada azam dan tekun untuk mencapainya. Insyallah mudah-mudahan kehidupan kita bertambah baik dan hidup kita lebih diberkati Allah. For my self, azam tahun nie nak habiskan study yang tinggal 3 sem jek lagi. Lepas tu akan tumpukan perhatian sepenuhnya pada family dan kerjaya. Masih ada satu yang perlu dicapai, tp masih belum boleh di broadcastkan. Mudah-mudahan anne mencapai azam yang satu nie. Bak kata Siti, Biarlah Rahsia.

3. Cerita ketiga yang hendak dikongsi adalah, genap sebulan, Aleeya kena campak sekali lg. Pelik juga, tp mak kata mungkin tak habis keluar. Isk pening kepala achik. Kebetulan pulak esoknya cuti 1 February, so doktor beri MC pada mama untuk menjaga Aleeya. Patut laa dia demam panas hari tu. Sian dier, tp bila campak dah kuar, Aleeya demam semula, tp kali nie demam lain pulak. Puas duk pk demam sbb apa laa pulak. Demam nak pandai jalan ke, nak tumbuh gigi ke.Mcm2 dlm pemikiran nie. Bila anak demam, satu keje terpaksa ditinggalkan. Terpaksa, yek laa kan kalau jiwa tak dpt memberi tumpuan, baik tinggalkan jek. Alhamdulillah lepas 3-4 hari, Aleeya dah beransur baik. Sian anak mama, takpelaa moga Aleeya lekas sembuh dan bleh main semula.

4. Cerita ketiga, anne dpt anak saudara baru iaitu kezen Aleeya. Anne sangka Aleeya nie pling kecik, sekali muncul pulak si kecik yang lain. Anak kakak anne yang duduk kat subang jaya, nama dier Muhamad Izat. Izat kuar kecik jek, 2.87kg, 130pm, waktunya mcm lebih kurang aleeya tp Aleeya pukul 150pm. Alhamdulillah cucu mak&ayah dah balance laaa...4 lelaki, 4 perempuan. Wah meriah aa nanti, Girls dgn dunia masak-memasaknya, boys dgn bergusti. Hmm nampak gayanya atuk&nenek kena buat taman permainan utk semua cucunya. Bertambah meriah aa raya tahun nie.

5. 8.2.2007, Birthday ayahanda ku yang ke 66thn. Moga ayah dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan dimudahkan semua urusan. Sian ayah tahun nie sambut birthday tanpa mak kat sisinya. Mak ke KL kena jaga kakak yang tengah berpantang. Takpelaa ayah, kitaorg telefon dan sms wish ur besday. Bila baca sms ayah dan kata, hanya sms dan panggilan telefon mengubat hati yang tinggal keseorangan sempena ulang tahun yang ke 66 nie. Syahdu membaca sms ayah. Yang menarik perhatian anne ialah sungguh pun dah tua, ke mana ayah pegi mak mesti ikut dan ke mana mak ada, ayah mesti ada. Sungguh romantiknya hubungan mereka berdua. Agaknya satu hari nanti kita semua akan beromantik seperti org2 tua kita agaknya. Habiskan sisa-sisa hidup bersama. Mudah-mudahan.

Dalam masa yang sama, genap laa Aleeya 10 bulan. Banyak dugaan, cabaran dan ujian yang Allah telah berikan kepada kami berdua sepanjang membesarkan Aleeya. Dr zero pasal hal anak hingga laa sampai tahu mcm2 cara dlm tumbuhan anak nie. Apa yang Aleeya bleh buat dan suka:

1. bila panggil nama akan toleh sambil menyahut.
2.suka pergi kat dapur dan berkemas.
3. suka tolong lipat baju yang sudah dilipat.
4. tahu bila org pakai tudung ingat nak jalan
5. suka berdiri depan cermin sambil kata "cak"
6. pandai panggil mama, papa, nenek(sebut takde laa selalu, tp bila nenek ada, bleh panggil)
7. pandai lembikkan badan mintak dukung
8. suka mkn ubi keledek rebus
9. suka berdiri kat meja mkn dan duduk bawah meja.
10. dah boleh capai brg atas meja.(isk bahaya letak brg2 kaca or tajam kat ujung meja)

so far setakat itu aje yang mama dier ingat. Hah...one more thing, aleeya nie baru2 jek tumbuh gigi. Yang tu dier lambat. Takpelaa sure lepas nie nampak muka dier lain bila ambik gambar.

6. Cerita terakhir, cuti raya cina nie, mama balik berdua jek dgn Aleeya, balik tumpang dgn nenek. Papa Aleeya kena kerja dan papa ada outing ambik gambo dgn client-client dier. Mudah-mudahan bertambah lah org nak ambik papa sebagai photograper. Masa kat kpg, Aleeya suka sgt sbb first time dier dpt tgk ayam dgn fish. Bila ayam tu berkokok, dier pun mula laa nak ikut....tp bunyi tak sama..cuma nada dan lengguknya sama. Kelakar bila dgr dier buat mcm tu. Aleeya paling manja dgn nenek dier, kalau dgn nenek..kemain melekat lg tp bila nak ambik, sure mama tak laku punya. Alhamdulillah masa kat kpg, aleeya tak demam or batuk cuma skrg nie dah tumbuh 2 btg gigi yang besar sgt. Anne masih lagi tak dpt nak ambik gambo gigi dier...memang biar laa rahsia nampak gayanya. Anne extend cuti sampai hari Rabu, saje jek nak rehat lama skit. Kali nie balik KL bersama dgn adik jek. Mak dah tak ikut balik kl sbb angah anne pun dah nampak ok. Bleh handle semua. So time nak balik rasa sedih lak. Best jek duduk kampung, entah lepas nie bila laa dpt balik. Kena laa tunggu cuti panjang baru bleh balik.


Rasa dah panjang lebar bercerita. Tak lama lagi Aleeya nak masuk 11 bulan. Semoga princess sihat selalu dan membesar dgn baik. Semoga jadi anak yang solehah dan berjaya yek. We love u soo much my dear.




Labels: