the new beginning of my life

babies

Tuesday, May 22, 2007

What should i do...

Pelik betul aku rasa dengan suatu perkara yang masih tertanya-tanya dlm pemikiran aku. Apa sebenarnya yang aku rasa? Perlu ke aku ikutkan sgt kata hati aku nie. Entah lah. Aku sendiri tak faham, adakah aku yang berpura-pura atau dia yang berpura-pura? Peliknya aku rasa dan kenapa mesti aku berperasaan mcm tu..Aku tak mo jadi manusia hipokrit. Aku nak jadi diri aku sendiri. Nak jadi manusia cool, rileks dan tak mo pk mcm2. Well i try to mange all my problem and life must goes on. Rasa nya mcm dah tak sabar nak selesaikan semuanya then kuar dr kepompong tu...Nak lari dr dunia yang ada sekarang nie. Aku sudah terasa bosan dan tak mo rasanya involve lg.

Bak kata Anna, duduk rumah lagi best dan bila sampai opis rasa mcm nak balik jek ke rumah. Betul kata anna tu, sometimes kita akan rasa mcm tu. Well apa yang aku rasa skrg, sama apa yang Anna rasa. (tiada kaitan dgn apa2 di opis aku kay, opis aku best....)

Aku dah letih dan tak sanggup nak hadapinya lagi. Kenapa mesti diperlakukan sebegitu pada diriku sedangkan dgn org lain di layan seistimewa mungkin. Kekadang tu aku terasa hati dan sakit hati dgn apa yang telah berlaku. Aku ke yang salah? Kalau diikutkan kan sgt, aku rasa nak menjerit dan lari sekuat hati. Nak lari dr smeua nie. Apa kurangnya aku..kenapa mesti berpura-pura. Perlu ke kita terus berlakun dgn apa yang telah kita lakunkan selama nie. Tak tahu lah ckp. Perlu ke aku ckp mcm nie, perlu ke aku pk mcm nie, perlu ke aku berfikiran negatif.. Isk napa laa aku ckp mcm nie. Think +ve anne. Jgn pk yang bukan-bukan. Kita biarkan lah ianya berlaku. Apa yang perlu dipkkan skrg ialah kita just jaga semua dgn baik dan pk positive. Always think positive.....ALWAYS!!!!

Labels:

Wednesday, May 16, 2007

Jalan-jalan Carik Makan.....

Minggu lepas, kami plan nak bawak Aleeya berjalan-jalan akhirnya tercapai juga..Alhamdulillah dpt juga bawak dia jalan-jalan. Kali pertama jalan nak bawak g Langkawi...sekali dia kena demam campak laa...terpaksa tinggalkan dier...kali kedua jalan...nak bawak g Gerik..tp tak dpt bawak sbb time tu dia ada di kpg, so tinggal lagi Aleeya. Kali nie anne nekad utk bawak juga dia jalan. Akhirnya dpt juga anne bawak Aleeya jalan ke Penang. Sehari sebelum ke Penang, Aleeya kena demam(Mayb demam nak tumbuh gigi), so terpaksa laa mengambil cuti sbb nak make sure dier sihat sblm ke Penang. Alhamdulillah sepanjang perjalanan, Aleeya tido jek cuma sekali sekala bangun utk susu dgn tukar pampers dan makan. Sampai penang, naik jambatan Pulau Pinang tu..Aleeya terus bangun. Tgk air laut. Cam teruja dier. Sampai hotel, terus check-in then rehat2 kejap. Ingatkan ptg tu nak bawak Aleeya mandi kolam, sekali tgk dier mcm demam skit. Hmm terpaksa batalkan niat nak bawak Aleeya mandi. Mlm tu Aleeya tido jek. Kepenatan kot. Takpelaa mama leh tunggu ALeeya. Budak kecik kan, sure keletihan. Takpelaa Aleeya yang penting Aleeya sihat.

Hari Kedua, bangun pg2 beri Aleeya mkn, papa bersiap, mama bersiap dan siapkan anak dara sorang nie, lepas tu terus g breakfast. Apa lagi...melantak aaa....best juga food kat Holiday Inn batu Ferenggi nie. Next time bleh stay sini. Tapi next time dtg, stay dekat sebelah beach pulak. Dlm tengahari, kitaorg melepak kat bilik lg sementara nak tunggu kawan hasnul dtg ambik nak bawak g lunch kat town. First time nie anne nak makan nasi kandar sbb anne kurang suka sgt mkn nasi kandar nie. Tp org kata..kalau tak mo kuah byk2...ambik skit. Takpelaa slow2 mkn laa kan..lama2 ok. Sib baik anne tak kahwin dgn org penang...kalau tak..memang naya aku..kena mkn nasi kandar selalu. Takpelaa...bukan selalu pun dpt mkn nasi kandar, cuba jek la makan...jgn terlalu cerewet sgt. Lepas mkn nasi kandar, kami jalan2 ke bazaar nak carik buah pala dgn buah salak. Bawak balik KL. Beli lah skit dulu. Lepas mkn..masing2 ngantuk sbb kekenyangan. Ptg tu balik hotel semula. Dlm pukul 630ptg, kitaorg kuar balik sbb nak g makan Mee Udang di Teluk Kumbar. Jauh sgt2 tmpt tu.tapi pergh memang best giler Mee Udang dier...Nama pun mee udang cantik..tak sampai hati nak mkn..sbb cantik sgt. Tapi nak makannya jauh tak ingat. On the way balik, kitaorg singgah lagi beli pasembur...memang betul laah org kata Penang nie...tmpt syurga makanan...memang keje anne mkn jek..sampai tak ingat..diet ke.... apa ke...balun jek. Mlm tu sampai hotel dekat kul 10mlm. Tq very much laa to Bert&Maria sbb sudi menemankan kitaorg mkn dan jalan2 dr tengahari sampai laa ke malam. Jasa korang kitaorg ingat sampai bila2. nanti kahwin, insyallah kitaorg turun lagi. Bleh belasah Mee Udang lg. Bak kata Anna...dah jatuh chenta dgn penang.....huhuhuhuhu. Anne suka mee udang dgn pasembur jek. Aleeya pun suka mkn mee Udang, habis 2-3 ekor udang dier belasah. Suka tgk dier mkn apa2 jek. Balik jek, Aleeya terus terbongkang tido. Penat kot dier. Sian dier. Hari esoknya nak balik dah. Rasa mcm tak puas jalan, sbb tak pegi Bukit bendera cuma dpt pegi Taman Botanial jek, tgk kera2 dgn pokok2 kat sana. Takpelaa next time bleh pegi lg. Penang, tunggu kehadiran kami lagi. To my dearly hubby, tq so much sbb bawak kami dua beranak jalan2. And to my lovely fren , anna, next time kita g sama2 kay. Sblm balik KL, kami pekena nasi kandar lagi, lepas tu beli buah pala,buah salak dgn asam2. Utk dibawa pulang ke KL. Balik kitaorg naik feri, tapi sayangnya time tu, Aleeya pegi belasah tido lak,so tak dpt laa dier tgk yang dier sedang naik feri. Rugi2. Takpelaa Aleeya , janji Aleeya tak apa2 sepanjang kat penang tu ekk syg....Puas hati mama, dpt bawak aleeya jalan. Sambil2 tu kitaorg menyambut Anniversary yang kedua di sana laa kiranya. 15 Mei 2005 tarikh anne kahwin dgn hasnul. Selamat Menyambut Ulang tahun Perkahwinan yang Kedua Sayang, Semoga kehidupan kita lebih bertambah bahagia dan ceria hendaknya. Tq for being so understanding dgn kerenah mama nie, bebelan mama, kalau mama termarah tu bukan sbb tak suka, sbb SAYANG.....hehehhehe. Gambo penang akan diupload soon.

Labels:

Wednesday, May 09, 2007

Selamat Hari Ibu...

Minggu ni adalah sambutan sempena Hari Ibu. Teringat bacaan dlm paper yang mengatakan, "Hari Ibu bukan sekadar untuk diraikan". Tidak salah kita nak raikan ibu dan ayah dengan meraikan dan memberikan hadiah istimewa tetapi perlukah kita menjadikan hanya satu hari dalam setahun hari sebagai hari untuk kita hargai jasa kedua org tua kita. Itu adalah salah satu petikan dr keratan akhbar yang menyentuh tentang sambutan hari Ibu. Memang ada betul, terpulang kepada setiap individu. Bagi anne, hanya ucapan dan kad sahaja dpt pengganti diri kepada mak dan mak mertua. Tahun nie, tahun kedua anne sambut sebagai seorang Ibu. Rasa bertuah dan bahagia kerana Allah kurniakan cahaya mata yang sebegitu comei dan cukup sempurna sifatnya. Alhamdulillah, terima kasih kepada yang maha esa. Teringat dlm Konsert AF5 baru-baru nie, Aznil menyanyikan lagu Ayah & Ibu..memang sedap lagu tu, semua org tersentuh hatinya. Memang betul lah jangkaan, jiwa kita akan cepat tersentuh apabila sesuatu perkara itu melibatkan ibu dan bapa atau orang yang kita sayangi.

Lagu kat bawah nie anne tujukan pada Bonda tersayang, atas penat lelah membesarkan kami 5 org adik-beradik. Pengorbanan mak akan kami ingat sampai bila-bila. Terima kasih mak..I LOVE U More than everything .....

"Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu

Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana"

Untuk MIL, tqvm for ur love, caring and attention to us. Happy Mother's Day.
Happy Mother's day to my Lovely Sister and both Sister-In-Law.

Tak lupa juga anne nak wish to all my fren yang dah bergelar ibu. Anna, Mai, Ila,Linda, Ija(Rizal), Ija (kurus), Munirah,Kak Ita, Kak Zas, Fino, Uda, Rose, Kak Nurul, Kak Ila (bagok), Yana, Nury, Mas, Fino, Azie, Kak Elly, Kak Lin, Ina, Roney dan ramai lagi lah.
Semoga kehidupan korang bertambah baik dan bahagia di samping org tersayang.

Labels:

Tuesday, May 08, 2007

Aleeya 13 bulan...yey...



Hari nie genap Adriana Aleeya setahun sebulan. Wah tak sangka sungguh cepat masa berlalu. Selang seminggu bufday Aleeya, anne terpaksa hntr Aleeya balik ke kpg sebab anne ada final exam. Terpaksa, kalau tidak, alamatnya anne tak study laa, duk sibuk nak bermain dgn Aleeya. Memang dugaan betul. Memang rasanya dah tak bleh nak tinggalkan Aleeya tp apakan daya terpaksa. Untuk sementara sahaja. Lepas habis exam, anne ada sebulan saje dpt merehatkan minda dan melayan aleeya. Well bukan pasal nak rehatkan minda anne nak citerkan kat sini.
Masa mencurahkan idea dlm blog nie, Aleeya ada kat sebelah anne tengah tido. Alhamdulillah sepanjang 13 bulan nie, Aleeya membesar seperti kanak-kanak lain, cuma sekali-sekala ada lah sakit. Takpe itu semua asam garam kehidupan.

Tak banyak sgt nak diceritakan about Aleeya nie, cuma sejak balik dr kpg nie, mak anne ckp banyak juga lah perkataan yang bleh di sebut. Mcm Cicak, Ayam jadi "Ayah". Lagi yang bleh di sebut adalah Atok..tp nenek lum reti lg,mayb sbb panjang sgt kot. Skrg nie, bila kita nyanyikan lagu Macam-macam Aznil, sure lepas tu dia akan buat head banging....wah suka sgt lagu tu.Agaknya dia teringat kot masa dlm perut...anne suka sgt tgk citer Macam-macam Aznil masa tu.Menurun ke Adriana skrg lak. Tp bila dia dgr suara Aznil jek, tengah susu ke, main ke, bleh berhenti kejap nak tgk Aznil. Memang suka lah tu dgn aznil. Kalau rasanya rancangan Macam-macam aznil tu ada lg 3-4 tahun, mahu anne masukkan Aleeya utk sekmen...anak-anakku...Kalau ada lah.Hope time tu Aznil lum pencen lagi.


Sejak dah dpt kaki nak berjalan, hari2 Aleeya akan mengukur keluasan rumah. Memang tak reti penat. Habis semua brg kena make sure berada di tmpt yang selamat. Kalau rumah mak kat kpg puas lah dia berjalan depan belakang. Kalau dr depan nak ke dapur tu jauh lah juga, suka lah dia. Port paling Aleeya suka ialah dapur dan toilet. Pantang nampak org kat 2 area tu sure nak mengikut. Lagi satu yang dia suka sgt buat, jumpa kain or tisu, sibuk nak lap lantai, hmm bagus jugak tu...rajin tolong mama lap rumah ekk. Yang tu anne suka sbb suka nolong. Nanti besar senang mama nak mintak tolong. Huhuhuhu.


Selain tu, Aleeya memang suka memanjat grill, tp sib baik baru 2 mata jek, tangga pun terrer juga panjat, walhal kat rumah takde tangga, mana lah dia belajar. Kena sentiasa awas dgn pergerakan dier. Org tua kata, kalau dier nak jalan, biarkan jek, jgn dikawal, sian kat budak kecik tu. Tp kena perhatikan jugak lah kan. Kita citer pulak bab gigi dia, skrg dah ada 6 btg gigi, mak kata skrg dah bleh makan lembu sekor. Apa lah lawak mak aku nie. Tp satu jek Aleeya nie suka gigit org. ANne nie dah berapa kali kena gigit, sib baik takde lah tinggal kesan. Gigi baru kan, sure lah tajam. Memang sakit aaa..Tahan jek lah. Skrg nie mcm2 nak di makan, org makan, dier sibuk nak rasa, beri jek lah buat merasa. Alhamdulillah blm masanya lg dia cerewet bab makan, Harap Aleeya tak cerewet makan ekk syg. Mama akan masak kan semua jenis makanan untuk Aleeya makan. Jgn memilih ekk syg.


Umur dah masuk setahun nie memang makin lama makin lasak. Masyallah memang tak terkata lah lasak dier. Kekadang tu bila Hasnul ada rumah, anne akan serahkan Aleeya pada Hasnul sbb time tu lah anne bleh settlekan semua keje2 rumah. Skrg nak buat apa2 kena tunggu dia tido dulu sbb tu skrg anne akan tido dulu dan bangun utk siapkan keje rumah. Tiap hari tido kul 3 or 4 pg. Mula2 tu rasa letih, tp bila lama2 dah lali. Takpelah Aleeya bukan kacau anne sgt pun, kalau dia nak sibuk kemas rumah pun, kemas jek lah. Seronok dpt sama-sama kemas dgn Aleeya. Beri jek something utk dia belek, sure dia leka. Masa tu lah kita leh siapkan keje. Takde lah bosan sgt rasa.


To my Aleeya, we love u so much. Mama&Papa harap berjaya mendidik Aleeya dgn sehabis kemampuan kami. Kasih dan sayang yang kami berikan tiada tolok bandingnya. Semoga Aleeya menjadi anak yang solehah, anak yang berjaya, anak yang baik dan anak yang segala-galanya terbaik utk kami berdua.

Labels: ,