the new beginning of my life

babies

Friday, March 16, 2007

Kembali Ceria....

Segala penat lelah dan tak tido selama nie, akhirnya Adriana kembali sihat seperti sedia kala. Sedih bila mengingatkan kembali saat dier mengerang sakit perut sbb perut dier memulas-mulas. Bayangkan kita yang dewasa pun kekdang tak tahan, ini kan pulak baby berusia 11 bulan. Di kala Adriana masuk 11 bulan, dier terus kena cirit-birit. Dan dlm kepiluan hati mama& papa nie, Adriana dah boleh berjalan sebanyak 3-4 langkah. Jalan antara anne& hasnul. Terkejut kitaorg..tersenyum semula muka kitaorg berdua dengan apa yang Adriana dah boleh buat. Apa lagi..lepas baik nie...kita ajak papa g jalan-jalan kat Taman Putrajaya ekk...Wah best tu...teruja sekejap anne rasa. Hari Adriana kena cirit...anne terus bawak g klinik biasa, doktor beri Adriana ubat cirit, ubat kembung dan air garam. Bercinta betul nak beri adriana ubat. Mlm tu kena bagi juga, susah juga nak beri tp kena pekakkan telinga kejap kalau Adriana nangis...nak suruh dia baik cepat...terpaksa lah buat mcm tu. Masuk hari kedua, Aleeya masih blm baik lagi. Pegi jumpa doktor semula, dier kata dia akan beri surat untuk refer ke hospital, so our choice dlm kepala masa tu, g hospital putrajaya. Balik rumah jap, pack2 barang then terus g spital. Korang tahu laaa kerajaan, kena tunggu hampi 2 jam, mahu berjanggut tunggu. Aleeya mlm tu dah mengamuk sbb dier sakit perut+ mengantuk. Aduii penatnya aku rasa..nak nangis ada. Mlm tu terdpt nak ke rumah Anna, sbb kena bawak aleeya ke spital. "Anna, lain kali kitaorg dtg rumah ok.." Hari ahad tu, anne ada kelas lak....so Adriana mak jaga kat rumah, dlm kelas duk teringat2 jek...tp ketepiikan semua tu dulu. Lepas habis kelas, g singgah rumah Kak ita sbb ada bufday Danish, first birthday. Dah besar Danish..kejap lagi Adriana lak masuk setahun. Papa&mama tak tahu lagi nak buat ke idak bufday Adriana. Kena tengok dulu keadaan mcm mana....

Hari ketiga, nampak mcm dah baik jek, perasaan mama lega skit, tp still kena monitor lg. Hope dier cepat sihat, sian bila tgk keadaan dier, letih jek. Tp keadaan dier mcm tu juga. Kekadang ok, kekadang tak ok. Sib baik anne memang ambik cuti untuk siapkan esaimen.. takpelaa mama terpaksa korbankan tido mama untuk settlekan semua keje-keje mama. Yang penting Adriana kena sihat dulu kay. Masuk hari keempat, aleeya semakin ok. Dah mula aktif seperti biasa. Lega skit hati. Sejak hari tu, anne buat byk2 kali rendam semua botol, mainan dier dengan air panas. Nak betul2 bersih. Kena buat extra-bersih skit, takpelaa. Janji dpt memberi yang terbaik untuk Adriana. Tp petang tu, Adriana mula balik kena cirit, hasnul ajak pegi klink kanak-kanak Tan dekat klang . Jauh laa juga, tp doktor tu bagus. Tapi yang penting..klinik tu panel Medijaring. Tapi kalau kena bayar pun, demi Adriana. Kat klinik tu doktor beri mcm2 ubat, ubat cirit, ubat kembung, ubat bakteria, antibiotik dgn air garam. Sib baik Adriana nak minum air garam tu. Nampaknya mlm tu Adriana tido lena, cuma sekali jek bangun nak susu, lepas tu tido semula. Pg tu nampaknya semua bertambah ok, anne lega dan rasa syukur sgt. Pg nie ada appoitment lg dgn doktor, untuk follow up. Sekali lg doktor pesan suruh jaga kebersihan dan pastikan keadaan rumah bebas dr kuman2 yang tak diundang. Hari nie anne ajak Adriana berjalan lagi....wah..skrg sudah bleh berdiri sendiri dengan lama sekali....Sukanya tgk....tp memandangkan dier masih weak lg, so Adriana lebih byk terlepek kat tilam jek...lemah jek tgk..Takpelaa mama teman Adriana tgk tv jek laa. Papa pun ada sekali, tp papa tido..keletihan laa tu.

Hari semalam anne dah mula keje setelah seminggu cuti. Rasa liat nak g keje..tp gagahkan diri juga walaupun sebenarnya anne masih letih, dpt tido hanya 2 jam jek. Ingatkan mlm smlm dpt tido laa, sekali mcm2 keje nak buat, akhirnya tido juga pukul 1230. Mlm tadi ajak adriana tido dlm bilik since dah berapa mlm asyik tido kat hall jek. Alhamdulillah Adriana tak bangun lansung nak susu, sekali tgk dah pagi, kul 630pg. Apa lagi terus bangun bersiap untuk pegi keje. Hari nie hari Jumaat, so rileks friday la. Alhamdulillah assigment semua dah settle, tinggal 1 tu keje kumpulan, so byk kena buat sesama lah. takpe lambat lg hntr, so bleh slow2 buat. Tahun nie merupakan tahun terakhir anne habiskan study, hope semuanya ok. Harap pointer tak jatuh sgt, kena maintain jek. Insyallah. Berkat usaha anne selama nie moga Allah berkati. Tapi yang paling penting skrg nie, Adriana sudah kembali ceria, sedang build-up balik semua kehilangan nutrien2 yang hilang. Nak ajak Adriana belajar jalan, supaya dpt jalan nanti, sure tergedek2 mcm Irdina. Tak sabo rasanya. Alhamdulillah semuanya sudah kembali pulih. Terima kasih kepada doa korang semua dan keprihatinan sedara-mara dan kawan-kawan. Jasa korang semua hanya Allah dapat balas........MUAHHHHHHHHH.........

Labels: , ,

Thursday, March 08, 2007

Adriana Aleeya 11 bulan ...

Genap Aleeya 11 bulan. Begitu cepat masa berlalu. Masih teringat lg, 11 bulan yang lepas, selepas dpt mkn apam balik MILO Putra Heights, terasa sakit contraction semakin kerap. Jam 1230 pg, pegi ke spital PUTRAJAYA. Doktor check, laluan dah bukak dlm 2 cm. Anne decide nak stay di sana sbb tak tahu berapa lama lg akan masuk ke labour room. Mlm yang susah nak tido....tp kena tahan jek la. Tepat jam 10pg, turun ke labour. Kira berderau laa juga. Jam 130ptg dah boleh mula nak push. Saat yang paling mendebarkan. Pada ketika tu, terbayang muka mak aku, begini rupanya. Sakit yang dialami. Tepat jam 155ptg, kuarlah insan yang bernama Adriana Aleeya. Suara yang kuat memecah suasana senyap di labour room. Alhamdulillah aku selamat melahirkan seorang princess yang comei. Sungguh tak kusangka, sekrang sudah genap 11 bln anne dgn hasnul membesarkan anak kecik yang sorang nie. Byk pengalaman dan pengajaran yang dialami. Begitu lah rasanya masa mak dgn ayah aku membesarkan aku. Terima kasih Allah atas anugerah yang tidak ternilai ini. Anne bersyukur kerana Allah memberi kesabaran kepada kami berdua.

One more months to go, Aleeya masuk setahun. Hmm byk benda yang Aleeya dah bleh buat. Cuma jalan jek masih dlm proses.

1. Dah ada 3 btg gigi (2 dah kuar, 1 dlm proses).
2. Suka ikut apa yang org buat.
3. Tiru gaya papa pakai minyak rambut.
4. Suka mkn ubi keledek rebus.( Sejak mummy beri ubi keledek warna purple tu, dia suka sgt mkn)
5.suka tolong mama kemas rumah.
6. Kalau org g dapur, sure nak ikut juga, tolong masak. Bagus nie, tolong mama.
7.Boleh berdiri sendiri, tanpa pegang apa2, tp once in the blue moon laa.
8.Suka mkn biskut apollo.
9. Suka tegur org yang biasa jumpa dan ckp bahasa jerman dier.
10. Suka lembikkan badan, nak mintak bawak jalan.

Rasanya mcm byk, tapi yang nie aje yang terlintas kat dlm kepala. Mama&Papa doakan semoga Aleeya jadik anak yang solehah, sihat dan jadi budak pandai . Insyallah, semua nya utk mu Aleeya. Tq for giving both of us such a luckiest parents in your life. We Love u sooooo much.

Labels: ,

Tuesday, March 06, 2007

This Song For My Beloved Hubby...




From This Moment

(I do swear that I’ll aways be there. I’d give anything and everything and I will always care. through weakness and strength, happiness and sorrow, for better or worse, I will love you with everT of my heart.)


From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on


From this moment I have been blessed
I live only for your happiness
And for your love I’d give my last breath
From this moment on


I give my hand to you with all my heart
Can’t wait to live my life with you, can’t wait to start
You and I will never be apart
My dreams came true because of you


From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn’t give
From this moment on


You’re the reason I believe in love
And you’re the answer to my prayers from up above
All we need is just the two of us
My dreams came true because of you


From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
From this moment
I will love you as long as I live
From this moment on

Labels:

Untuk Aleeya





FOR U MY ALEEYA

Tak perlu ku ungkapkan kata cinta
yang tak kunjung tiba
mengapa harus duka
sedangkan diriku ini, mencari cintanya

hangatnya cintamu
dalam pelukan ku
akan ku bawa dikau dalam
mimpi.....kita

Senyuman mu
di mata ku...membuat ku rasa rindu
di hatiku ada kamu
percayalah segalanya untuk mu
Aleeya...

tak mungkin kubiarkan kau sendiri
di sini ku menanti..
andainya kau sudi
menemani hidup ini

hingga akhir hayat nanti
ku pasti sayang kasih kita kan abadi
walau memori kan silih berganti

saat ini hanya rindu di dada
inginku luahkan kepada mu
sebagai tanda cintaku kepadanya
semoga tuhan mahu dengar pintaku

Labels: