the new beginning of my life

babies

Thursday, June 14, 2007

Dugaan Demi Dugaan..

Selepas sehari arwah ayah meninggal dunia, bapak mertua aku dgn adik ipar aku pulak admitted kat hospital. Very high fever..Ya Allah rasa mcm nak meletup aku rasa. Lepas satu-satu dugaan dtg, aku pasrah dan redha dengan ujian Allah. Sesungguhnya aku rasa bersyukur dan berterima kasih kerana Allah menguji aku dgn pelbagai ujian. Semoga aku dgn hubby tabah menghadapi ujian dan dugaan ini. Lepas 2 hari dah masuk spital, doktor sahkan adik ipar aku kena demam denggi, platlet dia rendah sgt. Just like my sis-in-law said, jangan sampai platlet dia rendah sgt, jgn bawah 7. kalau bawah 7, confirm denggi berdarah. Sian MIL aku, terpaksa habiskan cuti sekolah nya menjaga org sakit. Aku dgn hubby dpt lah lari sekejap utk menjenguk semuanya. Selepas hari kedua kenduri arwah ayah. Nampaknya my FIL tak pulak kena denggi, just viral fever sahaja. Macam-macam pulak penyakit yang timbul lately nie. Selepas balik dr spital, aku pulak kena demam, hmm sabarkan aje laa...SEmua tu sudah ditentukan Allah. Semoga my hubby kuat dan sihat. Mayb aku nie kena demam terperanjat kot. Tp skrg alhamdulillah sudah baik dr demam, cuma tinggal batuk dan selsema saje. Hubby lak mcm dah ada tanda2 nak batuk, just bgtau dia utk elakkan minum ais dgn air bergas. Lebihkan minum air kosong. My princess lak, baru2 nie ada laa terkena demam, tp skrg nie alhamdulillah dah sihat. Lega rasanya dgr. Semoga semua yang sakit nie cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa. My FIL pun nampaknya dah mula sihat dan nak mula keje ujung minggu nie. My Bro-in law pun dah nampak sihat dan dah takde suspek paru-paru berair lg. Alhamdulillah. Cuma skrg nie, bila bukak sekolah, my little-bro-in-law pulak yang admitted spital, kena demam juga, temp dia 40 darjah celsius, memang tinggi sampai mengigil badan dia. Demam dia kejap ok kejap tak ok..

Ya allah kau tabahkan hati kami, jika kami ada lakukan kesilapan, kau maafkan lah segala dosa kami dan jgn lah kamu membebankan ia kepada kami seperti kau membebankannya pada org lain, semoga kau ampunkan dosa-dosa kami agar kami sedar akan kebesaranmu ya Allah. Sesungguh nya kami bersyukur kerana kau menguji kami dengan pelbagai ujian, kami pasrah dan redha menerima ujina mu dgn hati yang terbuka. Semoga kami dapat jalani kehidupan kami dgn lebih baik dan bertambah baik. Sesungguhnya hanya mu ya Allah yang lebih mengetahui akan segalanya. Terima kasih byk2 Allah kerana menyedarkan dr kami terus leka dibuai dgn keseronokkan dunia ini yang hanya sementara ini. Semoga kami semua cepat sembuh dan dpt jalani kehidupan seperti biasa. Aminnnn....

Dugaan ku ini telah kau balas dengan keputusan peperiksaan ku pada semesti lepas dgn keputusan yang di kira cemerlang, aku berjaya mengembalikan saat kecemerlangan ku dgn memperoleh pointer atas dr 3.00. Aku bersyukur sgt dan terima kasih dgn anugerah yang kau berikan.
Semua ini aku ingat hadiah utk arwah ayah atas semua doa2 dan kata-kata semangat yang tidak putus-putus diberikan kepada aku. Terima kasih ayah. Akan akak pastikan mendapat kejayaan demi memenuhi cita-cita akan dan kehendak ayah dan mak. Ku ingat hadiahkanya buat arwah ayahanda tercinta. Al-Fatihah.

kepada my MIL, semoga mak sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik dan mak tabah menghadapi dugaan Allah. Kami sebagai anak akan sentiasa berada di belakang mak utk memberikan sokongan yang tidak terhingga.

Kepada ibu tercinta di kpg, semoga mak tabah dan teruskan kehidupan dengan lebih baik lg. Kita tetap akan terus perjuangan ayah. Semoga roh arwah ayah dirahmati Allah, yek mak...terima kasih atas kasih dan sayang mak dan penat lelah mak menjaga ayah selama ayah masih hidup. Semoga Allah membalas semua kebaikan mak. Amin.

Labels: , ,

Tuesday, June 12, 2007

Sungguh Terasa Kehilangannya.

Pedih hati nak cerita, tp itulah hakikatnya yang perlu kami terima dgn hati yang redha. Pemergian arwah ayah sungguh mengejutkan kami sekeluarga. Ya allah adakah ini di nama kan dugaan dan ujian dr mu. Aku redha dgn apa yang berlaku. Ayah ku merupakan ayah yang paling terbaik aku ada...paling penyayang, paling periang, paling penyabar dan yang paling aku tak leh luper..semua ajaran dan ilmu yang diberikan kepada kami adik beradik amat berguna dan akan diingati sampai bila2. Pemergiannya amat terasa sgt kehilangannya. Paling terasa kehilangannya ialah mak aku, di kala idup bersama 38 thn, bukan satu masa yang singkat, sudah pasti mak aku lg terkejut dan masih blm boleh melepaskannya. Aku tak leh nangis depan mak, aku perlu kuat utk menjadi tulang belakangnya skrg. Kami adik beradik merupakan tulang belakang mak skrg. Paling berat nak pikul ialah abg aku yang sulong...kena make sure semua adik2 nya tabah menghadapinya. Aku sungguh bertuah dpt kak long yang amat memahami situasi kami adik-beradik. Begitu juga kakak ipar dan abg ipar aku yang lain.

Sungguh berat utk anne mengingat semua segala keperitan dan kesakitan yang arwah ayah tanggung. Kalau bleh biar lah ia terus tersimpan dihati kami sekeluarga. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi ayah dan kami terpaksa redha dengan pemergiannya. Patut lah anne rasa semacam semakin jauh dgn ayah, rupanya ini yang akan berlaku.

Ya Allah, kau maha pengasih dan maha penyayang, kau ampunkan lah dosa ayah aku, semoga rohnya berada di sisi org2 beriman...Aminnnn...

Sesungguhnya aku rindu akan arwah ayah, rindu yang amat sangat. Semoga aku tabah menghadapinya. Al-fatihah.

Buat bonda tercinta, mak jgn pk dan susah hati sgt, arwah ayah tahu mak berjaya mendidik kami lima beradik dgn jayanya. Alhamdulillah kami semua sudah tamat pelajaran. Ada yang sudah berkerjaya, sudah berumah tangga. Mak jgn sedih sgt, peninggalan arwah ayah mungkin ada hikmah di sebaliknya. Kita terimanya dgn redha yek mak... anak2 mak sentiasa berada di sisi dan belakang mak.


Terima kasih atas ucapan takziah kepada keluarga kami. Tidak lupa juga yang call personally, yang dtg menziarah( tq mai&zaimi), yang sms. Terima kasih byk2...


Gambo nie kenangan raya tahun 2005, First time aku beraya sebagai isteri org. Dan tahun lepas merupakan tahun terakhir aku beraya dgn ayah.

Tak lama lagi nak sambut father's day..sungguh aku tak sanggup nak sambutnya utk tahun nie. Tentu akan ingatkan aku dgn arwah ayah. Ayah...akak merindui ayah....Al-Fatihah..

Labels: