the new beginning of my life

babies

Friday, July 28, 2006

Apa rasanya bila Permata Hati Jauh Dari Mata

Lama rasanya anne tak update blog nie. Camner nak update, anne bukannya seorang penulis yang mampu menarik minat pembaca. Idea tu ada, tp ayat tunggang terbalik.Bila baca blog org lain, rasa best jek ayat2 yang ditulis. Hem..takpelaa.Ini pun untuk tatapan dan luahan hati sendiri sahaja.

Dah seminggu my precious takde disisi anne. Aleeya anne terpaksa hantar ke kpg disebabkan anne nak exam awal bulan 8. Reason anne terpaksa hntr awal kerana
i)n blm study habis lg. Sb bila aleeya ada, n memang tak leh study lansung
sbb suka main dan berborak dgn dier.
ii)papa aleeya nie keje shift, so time tu sahaja yang dier free weekend.
Itu pun tak juga...(jumaat ptg anne balik awal, esok pgnya papa balik)
Huwaaa...sedihnya.

Agaknya mcm nie rasanya bila berjauhan dgn permata hati. Mula-mula tu mcm perit dan tiap2 malam mahu mengalir air mata bila teringat dia. Yek aa selalu bersama sejak bersalinkan dier. Renggang kejap pun sebab dah mula keje. Dapat lihat perkembangan pembesaran dia.
"Oh Aleeya...Mama&Papa Rindu sesangat kat Aleeya. Aleeya rindu mama&papa tak?
Tinggal lagi 9 hari we will meet our princess...miss her so much. Tapi anne&hasnul kena kuat+cekal+tabah. Ini laa adat org masih bersekolah.
"Sorry sayang , mama&papa tepaksa berjauhan dgn Aleeya, but mama will promise to finish mama nye study as soon as possible. Satu penyiksaan dan keperitan yang anne lalui nie sure ada juga org lain alaminya mayb lagi sedih kot.Everyday bila perah susu teringatkan Aleeya. Susu Aleeya mama simpan for u my lovely daugther.Mama bleh sabar menunggu Aleeya.I'm glad to have parents yang really understand my situation. Tq mak&ayah. Jasa mu ku kenang.

Special Tq to MY HUBBY yang sentiasa berada di samping walau susah or senang. TQ B. I really appreciate it.Oklah lagi 4 hari nak exam, anne kena kuat semangat dan need more focus to my study n exam. FRIENDS,DOAKAN LAH SEMOGA ANNE SIHAT DAN DIMUDAHKAN UNTUK HADAPI EXAM.

Monday, July 10, 2006

Aleeya is 3 months & 2 days Old

Sekejap jek anak mama dah 3 bulan. Perkembangan pasal Aleeya..dier semakin ramah tamah. Aleeya suka berborak dgn papa dier. Dier belum lagi nak meniarap but bila kita tiarapkan atas bantal or atas bdn anne...kepala dah tegak berdiri but masih blm kuat lagi. Tapi so far penah laa juga ternampak Aleeya cuba utk memalingkan diri dier.Mungkin dier baru nak belajar meniarap kot. Takpelaa anak mama slow2 belajar ek.Carik akal camner nak meniarap.Mama will wait u until u can do by urself. Mama will help u all the time. Seronok bila tgk baby2 lain dah mula meniarap dgn jayanya.

Balik semula citer pasal Aleeya. Smlm Aleeya&Mama&Papa join gathering FP yang dianjurkan oleh Anna&Kak Zizie. Its was fun dan mama akan rasa terkilan kalau tak join smlm. Seronok dpt melihat ramai baby2 comei dan handsome smlm. Semua dgn kerenah masing2; ada yang seronok dgn permainan kat situ, ada yang nangis nak susu, ada yang rileks jek, ada yang seronok dpt kawan baru. Yang paling best dpt jumpa dgn all the mommy FP. For My Aleeya dier masih kecik lagi so kurang skit bermain dgn toys kat situ. Tapi Mama &Papa dpt tahu yang Aleeya suka dgn satu toys tu.nampak dier leka.Nanti mama&papa belikan satu utk Aleeya. Since now anne kena ambik Aleeya sendiri, so kena laa carikkan satu toys utk Aleeya.Sian anak mama, takde toys lagi.Itulaa hari tu mummy syahmi ada bgtau jualan gudang toys kat PJ, tp mama tak sempat nak g sbb ada urusan lain. Takpela ada rezeki nanti, mama belikan ekk.
Skrg nie Aleeya dah tak pakai sarung tangan, ada wife kawan hubby bgtau yang kalau lambat bukak..lagi lambat development baby. Genap 3 bulan mama terus bukak sarung tangan Aleeya. Lepas nie kuku semua betul2 kena pendek dan kena check selalu. Lepas nie kena selalu bacakan cerita and dengarkan lagu utk Aleeya seperti yang Ila tulis dalam blog. Kalau mama berkesempatan mama akan buatkan semua utk Aleeya.

Semalam jugak Aleeya dibawa utk cucuk for 3 months. Mula2 tu nak nangis juga tp doktor yang cucuk tu pandai layan baby, Aleeya terus senyum dan stop nak bukak volume dier. Alhamdulillah anak mama jadik good girl dan dgr cakap mama. Tq sayang.
Semoga Aleeya sentiasa sihat dan membesar bagai johan.
MAMA WILL ALWAYS LUV U FOR EVER. U ARE OUR ONLY PRECIOUS
SEMOGA ALEEYA SENTIASA SIHAT DAN MAMA&PAPA DOAKAN ALEEYA CERIA SELALU.

LUV U ALWAYS!!!!!