the new beginning of my life

babies

Tuesday, February 28, 2006

Berita Mengejut Yang Kami Terima...

26 Februari 2006

445pm: Selamat sampai rumah setelah pegi ke Mantin untuk jumpa dgn adik anne yang masih belajar lagi nie. Ingatkan lepas solat Asar nak kuar balik pegi makan satay kajang. Turn anne belanja Hasnul..hehehehe. Sementara nak tunggu badan sejuk untuk mandi, dpt call dr mak hasnul yang nenek kat Ampang pengsan. Mak wakilkan kami berdua untuk melawat nenek sbb mak berada di JB.Betul-betul lepas hasnul habis solat Asar, dpt call dr mak yang nenek dah meninggal. Anne masa tu baru jek nak solat Asar terdengar hasnul meraung sekuat-kuat hati. Rupanya dapat tahu yang nenek dah tinggalkan kami semua. Kena cool down kan hasnul. Anne pun tak tahan dan masih dlm keadaan terkejut...tak sangka begitu cepat berlaku. Patutlaa Hasnul nak cepat rupanya instinct dier mcm rasa sesuatu. Tp kalau cepat kitaorg pegi..blm tentu dpt jumpa dgn arwah. Semua kejadian tu berlaku dgn pantas. Setelah bersiap-siap, terus menuju ke Ampang sbb nenek kat rumah Kak Uchu.

700pm: Tepat jam 7 kami sampai kat rumah Kak Uchu. nasib baik jalan tak berapa jammed. Sampai jek terus jumpa dgn Uchu, sian tgk dier. Anne cuma boleh cool down kan dier supaya jgn nangis selalu sian tgk mayat. Sampai jek kami terus sedekahkan Yassin pada arwah nenek. Bila jumpa atuk, tgk dier rileks dan tabah menghadapi semuanya. Mahu tak terkejut, nenek tak sakit apa pun mati kira terkejut laa jugak. Pg2 siap nenek boleh gurau2, masakkan untuk cucu dan gelak2 dgn anak2 dan cucu dier tgk2 ptg tu nenek terus tinggalkan semuanya dgn pantas sekali. Patut la nenek duk tanya kitaorg lama tak jumpa. Last jumpa nenek masa raya arie tu. Kira nya thn lepas adalah raya terakhir kami semua beraya dgn arwah nenek. Sementara nak tunggu mak & ayah dr JB sampai,kami buat laa apa yang patut.

2200pm: Mak & Ayah hasnul baru tiba, mak jadi tak keruan sbb itulaa satu2nya kakak yang tinggal. Actually nenek tu kalau ikut pangkat sebenarnya makcik hasnul, tp memandangkan nenek nie kahwin dgn pakcik dier (merangkap sepupu nenek hasnul)tu yang terus melekat panggil dier nenek. Memula tu anne cam konfius nak panggil dier apa..bila tanya hasnul, panggil jek nenek...Tu yang aku panggil nenek. Kira aku beruntung dpt nenek & atuk yang begitu penyayang. Diaorg tak bezakan cucu sendiri dgn cucu sedara. Anne laa yang rasa happy sbb mana penah ada Atuk. Atuk dua2 belah anne dah meninggal sblm anne lahir lagi. Best juga rasa bila ada atuk.
Dekat kul 11 kami semua balik rumah. Esok nak bangun awal untuk mandikan mayat dan sewaktun dengannya.

27 Februari 2006

730am: Gerak ke Ampang. Sure jalan jammed nie. Jammed laa kat pandan indah mcm biasa MRR2.

900am: tiba di rumah Kak Uchu. Mayat dah dibawa ke masjid untuk dimandikan.Ingatkan mandi kat rumah. Kira selesaikan kat masjid laa kiranya. Anne tak pegi pun sbb org tua kata tak berapa elok sgt tgk org mati. Antara kuat dgn tak kuat jek semangat. Insyallah takde apa2. Sblm zuhur mayat dibawa ke kubur untuk disemadikan. Hasnul & cucu lain tolong untuk turunkan jenazah ke liang lahat. Kubur tu penuh air hujan sbb smlm ujan lebat.Org tukang gali tu tak sempat nak tutup. So keadaan kira bechak aa. Tapi Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar. Lepas nie balik rumah jap mandi2 dan siap utk tahlil mlm lak.

530pm: Gerak ke Ampang. Sampai sana dekat kul 7mlm. Terus ke masjid sbb tahlil di buat di masjid.Ingatkan buat kat rumah,memandangkan rumah kak uchu kecik tu yang wat kat masjid. Tapi kejap jek tahlil tu, kiranya diaorg buat serba ringkas punya tahlil. Dah settle semuanya, balik rumah kak uchu. Rileks2 dan borak-borak dgn semua sedara. Dekat kul 2230 balik rumah. Aku tgk atuk dier kurang nangis tp banyak termenung. Mahu nya dier tak terkejut, dah tua2 pun masih romantik, jalan masih pimpin tangan. Satu contoh yang boleh kita semua amalkan. Sian atuk. Kena selalu jenguk dier nie. Apa2 pun semoga atuk tabah hadapi kehidupan selepas ini.

28 Februari 2006

630am: Pg2 lagi aku tgk hasnul macam tak bermaya jek. Tp sebagai isteri aku kena sentiasa berada dgn dier untuk tidak dier mengenangkan semua kisah dan kenangan arwah nenek. Cuma nak ingatkan dier supaya kalau teringat sedekahkan laa AL-fatihah pada arwah nenek semoga arwah dicucuri rahmat. Kita yang masih hidup ni, kena teruskan kehidupan seperti biasa.

SEMOGA ROH NENEK DICUCURI RAHMAT.(AL-FATIHAH)
SEMOGA MY HUBBY TABAH DAN KUAT UNTUK MENEMPUH SEGALANYA.
SEMOGA MAK TABAH DAN KUAT UNTUK MENERIMA BERITA KEMATIAN KAKAK MAK.
SEMOGA SEMUANYA SELAMAT...

Sunday, February 19, 2006

Need More Rest...




Hai everyone..niat di hati nak buat assigment yang kena dihantar lagi 2 minggu. Arie nie..ada kelas untuk kali ketiga. Rasa nya masih larat nak memanjat tangga kat kampus UIA nie. Walaupun apa pun kena kuatkan semangat utk datang ke kelas. Lepas habis kelas tetiba my hubby said, Jom sayang kita g beli tiket teater Puteri Gunung Ledang? Kira cam pelik aaa tetiba jek mu hubby nak g tgk teater. Dulu masa bujang2..anne laa yang rancak tgk teater with my friend, Zaini. Takpelaa layankan jek. Namun hajat kitaorg tak kesampaian sbb tiket charge tu tutup pulak. Call few friends and diaorg ckp beli jek kat Istana Budaya. Emm nampaknya kena laa sabarkan dulu niat murni kitaorg nie...
Mayb next time laa... Then terus balik ke Salak tinggal mummy sorang kat rumah. My mother-in-law masak nasi lemak..Alamak..makan nasi lemak lagi ke...smlm nasi lemak. Memandangkan baru jek lepas ambik breakfast..so anne tangguh niat mkn nasi lemak tu. Cakap kat mak...karang lapar baru makan. Sambil2 tgk TV dgr my mother-in-law sibuk kat dapur. Tanya dier nak buat apa...katanya nak buat karipap sardin kegemaran my hubby. Aiiii...untung betul hasnul...dpt karipap kegemaran dier..Nak tunggu anne buat..alamatnya..beli jek yang dah siap. Sori laa my hubby tak reti nk buat.hehehehe.
Dah mkn karipap ditapaukan lagi...Isk makin tembam aa hubby aku nie..

Sampai jek rumah..teringat kain baju blm basuh, rumah blm bersapu...alamak...kena laa kemas2 rumah lak. Emm letih jugak ...yeklaa badan dah berat..so kena laa slow buat keje. Teringat toilet yang direpair oleh abg atan arie tu blm basuh..Alamak kena basuh lak....Hui....penat jugak tu...Nampaknya mlm nie tak dpt laa nak iron baju..esok jek laa buat. dah tak larat,kena banyak rehat. Ckp ngan my hubby mlm nie tak masak laa nampaknya..terpaksa beli jek laa...I am lucky to have such a understanding and wonderful hubby. Even dier tak reti nak buat keje rumah sgt..tp ada jugak laa tolong2. Best jugak kekadang jadi mem sbb tak larat wat keje..Sebenarnya bukan apa..saja ngada nak bermanja..Hahahaha...sori yek b..

O.klaa nak start buat assigment lak..esok anne ada medical check up kat Klinik Seri Kembangan..tinggal 42 hari jek lagi...Menghitung hari....

p/s: saje jek upload gambar tu..terkenang2..

Friday, February 17, 2006

akhirnya berjaya juga.....

hari nie keje nye nak mengadap blog nie jek....nasib baik keje dah settle...alah tp kalau tak settle pun...aku ngadap jugak blog nie..hihihihihi...

dr tadi i tried utk masukkan pregnancy tickers...cubaan demi cubaan..akhirnya berjaya juga...tula lain kali baca aa dulu. Banyak benda leh belajar antara sabar dgn tak sabar jek....

nampaknya Munirah pun dah start nak tulis blog dier...apa2 pun...bila idea ada baru laa best nak menaip.....

itu jek laa yang dpt diluahkan...citer menarik..akan menyusul nanti ( ceh mcm menarik) hahahaha...okla nak transfer lagu kejap....see u all soon.

Thursday, February 16, 2006

Banyak perkara menarik berlaku sebenarnya...


hello everyone..berjumpa balik ....rasanya lama dah tak update blog nie...last menulis rasanya sblm kahwin arie tu..isk2 kira2 dah dekat 10 bulan...huiyoo lama tu. Bukannya apa...mcm takde idea lak nak nulis apa....tp bila arie tu one of my friend tanya..." anne tak nak tulis blog ke?? then bgtau dier..ada blog sendiri tp cam kemalasan lak nak nulis...tq to Mai sbb menaikan semangat utk menaip dlm blog nie...hihihi...Actually banyak benda yang nak diluahkan dlm blog nie...kita start satu persatu-satu laa....hihihi....

Kalau ikut pada title citer dlm post kali nie..."banyak perkara menarik berlaku"..Apa yek...meh anne nak citer....Kita start dr bulan 5 thn lepas laa ekk....

1. 15 Mei 2005: selamat diijabkabulkan dgn my lovely person, hasanul israf. Bermula satu kehidupan baru dlm hidup iaitu seorang yang bergelar isteri. Menarik dan mengerunkan ada.hihihi...

2. 30 June 2005: berpindah ke rumah sewa di Seri Kembangan. Actually rumah tu dulu bagok & Kak ila yang duk situ..Kira kitaorg nie menyambung sewa jek la..best jugak nie..menempuh kehidupan yang baru dan mencabar nie. Diri nie yang bertindak sebagai menteri kewangan kenalaa bijak mengagihkan duit kepada benda2 yang perlu. Emm satu pengalaman yang baru bg my hubby. Selama nie dier tak penah duduk menyewa so skrg nie dier kenalaa belajar idup berdikari dan kenalaa nolong2 aku buat keje2 rumah. Seronok tu nak buli dier.kihkih..

3. Julai 2005: berita mengatakan yang aku sah pregnant oleh doktor kat sebuah klinik kat area rumah kitaorg. My hubby laa paling happy sekali.Alhamdulillah rezeki Allah. Insyallah akan kujaga sebaik mungkin dan didik baby dlm perut nie. Bgtau semua org berita gembira nie..hihihi
Dan dlm bulan Julai jugak aku dpt tukar ke CBJ2. My hubby pun sama..tp dier lambat skit jek. Senang skit nak g keje...dekat.Alhamdulillah.

4. Ogos 2005: Start kuliah balik setelah satu sem aku tangguh. Kenalaa start balik enjin. Emm payah jugak...lama betul enjin nak panas. Tp alhamdulillah dpt result pun memuaskan hati dan syukur lulus semuanya.

5. Disember 2005: lepas habis exam, plan with my hubby nak g bercuti. Kitaorg plan nak cuti di Cameron. Ajak jugak member2 lain..akhirnya yang mengikut hanya Munirah& Sutan bersma dgn anak diaorg Sutan Iskandar. Its was fun dan lama tak cuti rasanya. Last cuti masa g honeymoon kat Pulau Redang. Dah penghujung thn 2005, berterima kasih pada Allah sbb telah diberikan rezeki, penghidupan yang semakin hari semakin baik, dikurniakan rezeki anak yang bakal kuar thn depan. Moga2 thn 2006 lebih diberkati dan dimurahkan rezeki.Insyallah.

6.Januari 2006: bermula laa thn baru. harap2 thn nie dpt la aku tunaikan azam baru dan semangat baru. Preparation utk baby di buat ala kadar jek. My sis ada laa beri baju-baju lama anak dier..mana yang masih elok boleh dipakai. Beli jugak baju baru utk sambut baby nanti. Insyallah kata doktor arie tu nampaknya cam baby girl. Tp my hubby tak kisah baby apa pun janji aku ngan baby selamat. Apa2 pun semoga Allah mudahkan aku ketika nak bersalin nanti. Doa nie aku tujukan juga pada kawan2 yang sama pregnant, Mai, Ila, Kak Ita, Yatie, wife Khairi. Moga korang tabah nanti masa nak bersalin..Amin...

7. Februari 2006: Skrg nie aku dah masuk 32 minggu. dah lapan bulan rupanya. rasanya baru jek dpt tahu aku pregnant. Nie nak bersalin dah. Terasa laa gerakan baby dlm perut nie.Lasak jugak. Entah2 mcm aku dulu masa kat dlm perut mak aku...Lasak tak ingat. Mcm nie rupanya rasa mengandung...kesian kat mak aku dulu. Insaf sejenak. Semua tu keindahan ciptaan Allah.

Emm bila tgk dah panjang rupanya aku menaip. Kata tadi takde idea, tp boleh tahan la...harap kawan-kwan tak jemu membaca blog aku nie. Akan cuba update bila ada idea dan masa. Hehehe. Kat atas tu gambar terbaru aku. Boleh jugak tgk my hubby nye fotopages kat: http://israf.fotopages.com.

O.klaa chow....